Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 21/04/2020:

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat tahap rendah tempatan baru pada 1.0812 sebelum pengukuhan harga tempatan berlaku. Aliran menaik dilihat cuba untuk melantunke tahap 1.0893, yang merupakan rintangan teknikal jangka pendek untuk harga, tetapi gagal untuk meneruskan kenaikan. Ini menunjukkan kemungkinan peningkatan aktiviti penurunan harga tidak lama lagi, oleh yang demikian, para pedagang perlu mengawasi sokongan tempatan yang terletak pada tahap 1.0812. Mana-mana penembusan harga pada tahap ini akan mendorong kepada ujian harga pada sokongan jangka pendek utama 1.0778.

Titik Pangsi Mingguan

WR3 - 1.1134

WR2 - 1.1063

WR1 - 1.0956

Pangsi Mingguan - 1.0883

WS1 - 1.0784

WS2 - 1.0701

WS3 - 1.0600

Cadangan Perdagangan:

Rasa takut terhadap impak coronavirus sangat kuat di kalangan pelabur global dan ia berlaku di pasaran kewangan. Aliran harga utama untuk pasangan mata wang EUR/USD adalah menurun, tetapi pembalikan harga mungkin terjadi apabila pandemik coronavirus berjaya diatasi. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.0336 dan rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.1540. Hanya jika salah satu daripada tahap ini ini berjaya ditembusi dengan jelas, aliran harga utama mungkin akan diterbalikan (1.1540) atau dipercepatkan (1.0336).