Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 21 April, 2020

Gambaran keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD memperlihatkan penurunan yang mendadak dari tahap 1.2645 menghampiri ke arah 1.2340. Harga kini ditetapkan pada tahap 1.2347.

Rintangan dilihat berada pada tahap 1.2462 dan 1.2531. Selain itu, kawasan harga 1.2462/1.2531 tetap berperanan sebagai zon rintangan yang ketara.

Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan yang tinggi untuk pasangan mata wang GBP/USD bergerak lebih rendah dan struktur penurunan harga ini tidak kelihatan seperti pembetulan.

Pasangan mata wang GBP/USD ini masih diniagakan di bawah EMA 100 kerana prospek penurunan kekal sama selagi EMA 100 menuju ke arah bawah.

Oleh itu, menurut kepada peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 1.2462 dan 1.2254. Pasaran akan menjunam lebih jauh ke tahap 1.2254 sebagai sasaran pertama.

Ini menunjukkan pasaran menurun sebagaimana indikator RSI masih berada di tempat negatif dan tidak menunjukkan tanda-tanda pembalikan trend. Pasangan mata wang ini diramalkan akan jatuh lebih rendah ke arah minimum 1.2165 untuk menguji sokongan harian 2.

Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 1.2531, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.