EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi AS untuk 29 November. Euro kini diniagakan rendah untuk lonjakan menaik baru

Untuk mengambil pesanan membeli EUR/USD, anda memerlukan:

Pembeli ditarik semula dari pasaran selepas menyaksikan kenaikkan yang ketara semalam, tetapi hanya untuk membina sempadan lebih rendah pada saluran menaik baru. Untuk separuh kedua hari ini, tugas utama harga adalah untuk menembusi dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.1385, yang akan mengembalikan permintaan untuk euro dan membawa kepada kemask tahap tinggi baru 1.1423 dan 1.1468, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan keuntungan. Sekiranya euro diniagakan semula dalam aliran menurun menghampiri ke tahap sokongan 1.1348, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli dari tahap tersebut sewaktu penembusan harga palsu berlaku. Jika tidak, anda boleh mengambil pesanan membeli EUR/USD semasa lantunan semula harga dari tahap 1.1310.

Untuk mengambil pesanan menjual EUR/USD, anda memerlukan:

Selagi pasangan mata wang ini diniagakan di bawah tahap rintangan 1.1385, tekanan terhadap euro akan berterusan, dan pengeluaran data inflasi yang lemah di Jerman berpotensi untuk mendorong pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan pada tahap rendah harian dengan menguji semula sokongan pada 1.1348, penembusan harga tahap ini akan membawa kepada jualan baru ke kawasan 1.1310, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan keuntungan. Sekiranya euro meningkat di atas tahap 1.1385 pada separuh kedua hari ini, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan menjual semasa lantunan harga dari tahap maksimum 1.1423.

Isyarat Indikator:

Moving average

Perdagangan dilakukan di atas Moving average (MA) 30 dan 50 hari, yang menunjukkan kesinambungan pembentukkan pembetulan menaik.

Bollinger band

Volatiliti Bollinger band menurun, yang membawa kepada ketiadaan isyarat untuk memasuki pasaran.

Huraian Indikator

MA (moving average) 50 days - kuning

MA (moving average) 30 days - hijau

MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9

Bollinger Bands 20