Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 25 Februari, 2019. Potensi pertumbuhan pound kini dihadkan sehingga ke tahap 1.3094.

Carta 4H

Merujuk kepada carta 4H, pasangan mata wang GBP/USD selesai membuat lantunan semula dari tahap pembetulan 61.8% - 1.2969. Pembalikan harga memihak kepada mata wang British dan mula meningkat ke arah tahap Fibo 76.4% - 1.3094. Perbezaan (divergence) kenaikan harga juga dibentuk dalam indikator CCI, yang bertepatan dengan lantunan semula harga. Sebut harga pada 25 Februari dari tahap Fibo 76.4% akan berfungsi memihak kepada dolar AS dan dengan itu, akan melanjutkan penurunan harga ke tahap 61.8%. Penutupan pasangan mata wang GBP/USD di atas tahap Fibo 76.4% akan meningkatkan kemungkinan kenaikkan yang berterusan ke arah tahap pembetulan seterusnya 100.0% - 1.3300.

Fib dibina pada tahap ekstrim dari 20 September, 2018 dan 3 Januari 2019.

Carta 1H

Seperti yang digambarkan pada carta sejam, pasangan mata wang ini telah ditarik semula dan ditutup di atas tahap pembetulan 61.8% - 1.3047. Akibatnya, kenaikkan hagra boleh diteruskan hari ini ke arah tahap Fib seterusnya 76.4% - 1.3111. Tidak ada perbezaan pada mana-mana indikator. Penutupan pasangan mata wang GBP/USD di bawah tahap pembetulan 61.8% akan memihak kepada mata wang Amerika Syarikat dan beberapa penurunan ke arah tahap Fibo 50.0% - 1.2994.

Fib dibina pada tahap ekstrem dari 25 Januari, 2019 dan 14 Februari 2019.

Cadangan kepada peniaga:

Pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD bolah diambil sekarang dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3094 dan Stop Loss di bawah tahap 61.8%, kerana pasangan mata wang ini menutup di atas tahap 1.3047 (carta sejam).

Pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD bolah diambil dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.2994 dan Stop Loss di atas tahap 61.8% jika pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap 1.3047 (carta sejam).