EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Amerika untuk 26 Februari, 2019. Euro gagal menembusi tahap 1.1370 sementara para peniaga menunggu ucapan Pengerusi Fed

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Gambaran teknikal bagi pasangan mata wang EUR/USD kekal tidak berubah berbanding ramalan semalam, kecuali kenyataan bahawa pasangan mata wang ini telah kembali berdagang ke sempadan lebih tinggi saluran mendatar Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.1367 masih diperlukan, yang akan menyebabkan pembetulan menaik lebih besar sudah berada pada tahap maksimum 1.1394 dan 1.1432, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam aliran menurun, pesanan membeli boleh diambil dengan syarat penembusan harga palsu dibentuk di kawasan sokongan 1.1324, atau pada lantunan semula harga dari tahap minimum 1.1279.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Ketiadaan laporan ekonomi utama telah menyokong mata wang euro tetapi pada hari ini, seluruh perhatian tertumpu kepada ucapan Pengerusi Fed, Jarom Powell sebelum Kogress. Sama seperti semalam, penjual telah membentuk penembusan harga palsu di kawasan rintangan 1.1367, dan menjangkakan pembetulan menurun ke tahap sokongan 1.1324, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sasaran utama kekal untuk menembusi sempadan lebih rendah pada saluran mendatar dan menurun ke kawasan minimum 1.1279. Walau bagaimanapun, pergerakan ini bergantung kepada prospek ekonomi AS yang akan digariskan oleh Pengerusi Fed hari ini. Dengan pilihan pembetulan menaik dan penembusan harga pada tahap 1.1367, euro boleh dijual semasa lantunan semula harga dari tahap maksimum 1.1394 dan 1.1432.

Ketahui lebih lanjut dalam video ramalan untuk 26 Februari

Isyarat Indikator:

Moving averages

Perdagangan ini diniagakan di kawasan Moving Average (MA) 30 hari dan 50 hari, yang menunjukkan pasaran mendatar.

Bollinger bands

Volatiliti indikator Bollinger Bands adalah rendah, yang tidak memberikan isyarat kepada para pedagang untuk memasuki pasaran.

Huraian Indikator

MA (moving average) 50 days - Kuning

MA (moving average) 30 days - Hijau

MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9

Bollinger Bands 20