EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 25 Mac, 2019. Laporan zon eropah yang melemah memberikan tekanan ke atas euro

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Pada Jumaat, satu siri laporan yang lemah mengenai ekonomi zon eropah telah mendorong pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan lebih rendah. Pada masa ini, pembeli perlu kekal di atas tahap sokongan 1.1294, dan pembentukan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan membeli bagi meningkatkan harga ke arah kawasan 1.1324 dan 1.1358, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan Take Profit. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini menurun disebabkan oleh laporan dari IFO Jerman, langkah yang terbaik adalah untuk kembali ke pesanan membeli selepas ia menembusi tahap rendah minggu sebelumnya ke tahap 1.1269 atau melantun semula dari tahap sokongan 11247.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Penjual akan cuba menghalang pasangan mata wang ini melonjak di atas tahap rintangan 1.1324, dan pembentukan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat untuk menjual euro dengan trend untuk menembusi dan mengukuh di bawah tahap sokongan 1.1294, yang akan membawa kepada pembentukan gelombang menurun baru dan kemas kini tahap rendah mingguan pada tahap 1.1269 dan 1.1247, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan Take Profit. Sekiranya laporan IFO diniagakan lebih baik dari yang dijangkakan, pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD hanya boleh dipertimbangkan untuk lantunan semula harga dari tahap rintangan 1.1258 dan 1.1388.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang ini berdagang di bawah Moving Averages (MA) 30 hari dan 50 hari, yang menunjukkan pembentukan aliran menurun di pasaran, dan kegagalan harga untuk mengukuh di atas Moving Averages (MA) pada separuh pertama hari akan menjadi isyarat untuk menjual euro.

Bollinger band

Kenaikkan euro dihadkan oleh batas had indikator Bollinger Bands di kawasan 1.1315, sementara had lebih rendah indikator di kawasan 1.1280 mungkin menghadkan pembetulan lebih rendah.

Huraian Indikator:

MA (moving average) 50 days - KuningMA (moving average) 30 days - HijauMACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9Bollinger Bands 20