Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 28 Mac, 2019. Keputusan harian. Pound sterling bertahan untuk masa yang lama, tetapi ia kini perlahan-lahan melemah

Carta 4H

Amplitud 5 hari terakhir (tinggi-rendah): 223p - 143p - 86p - 104p - 115p.

Amplitud purata 5 hari terakhir: 134p (136p).

Pound sterling menghabiskan beberapa hari dagangan dalam julat harga terhad. Walau bagaimanapun, hari ini, susulan tidak terdapat berita dan laporan penting dari UK, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS mencatatkan laporan yang negatif, mata wang Britain ini telah menjunam jatuh. Ia tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, pound telah lama bersedia untuk penurunan ini. Hanya dengan alasan bahawa semua kekeliruan mengenai Brexit tidak dapat menyokong mata wang UK. Persoalan utama buat sekarang ialah: adakah penurunan pound akan mengambil masa yang lebih lama? Kekeliruan di Parlimen British akan diteruskan. Sehingga kerajaan tidak jelas menyatakan versi Brexit yang lebih berkemungkinan, dan tidak mencapai persetujuan dengan pemimpin EU, pound akan tetap berada di zon risiko penurunan. Esok, KDNK untuk suku keempat dijadualkan akan dikeluarkan di UK. Ramalan mengunjurkan bacaan +0.2% q/q. Ia tidak mungkin laporan ini dapat membantu mata wang Britain, kecuali mungkin dalam tempoh jangka pendek, dan hanya jika ia ternyata jauh lebih baik daripada bacaan yang diramalkan. Pada masa ini, pasangan mata wang ini telah menembusi tahap sokongan pertama 1.3036. Esok, dijangka akan berlaku sedikit pengunduran harga, kerana esok adalah hari kerja terakhir minggu dan bulan Mac. Walau bagaimanapun, secara umumnya, pound diramalkan akan terus diniagakan rendah. Teresa May hanya boleh terus menuntut cadangannya dan menawarkan peletakan jawatan kepada Parlimen selagi mereka menyokongnya. Adakah ia berfungsi? Adakah Parlimen akan menerima versi Brexit pada percubaan ketiga? Kita mungkin akan mengetahuinya tidak lama lagi.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan dagangan dalam aliran menurun. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang disyorkan untuk mempertimbangkan sekali lagi mengambil pesanan menjual dengan sasaran diletakkan pada tahap 1.3036 dan 1.2948. Permulaan pembetulan harga diramalkan akan berlaku pada esok, kerana ia memerlukan penurunan harga yang ketara pada hari ini.

Sebagai tambahan kepada gambaran teknikal, para pedagang juga perlu mengambil kira laporan fundamental dan waktu pengumuman laporan tersebut.

Penjelasan Ilustrasi:

Ichimoku Indicator:

Tenkan-sen – Garis Merah.

Kijun-sen – Garis Biru.

Senkou span a – Garis putus-putus coklat terang

Senkou span B - garisan putus-putus ungu terang

Chikou span - Garis Hijau.

Indikator Bollinger Band:

3 garis kuning.

MACD:

Garis merah dan histogram dengan bar putih dalam tetingkap indikator.