EURUSD: euro mengukuh berbanding situasi laporan data yang baik mengenai PMI dalam sektor perkhidmatan dan jualan runcit, tetapi pertumbuhan selanjutnya adalah tidak mungkin

Data yang dikeluarkan pada separuh pertama hari terhadap aktiviti dalam sektor perkhidmatan di negara-negara zon Eropah menyokong mata wang Eropah, yang berjaya mengukuhkan kedudukannya berbanding dolar AS, bagaimanapun, sebagai hari sebelumnya, pertumbuhan itu adalah bersifat sementara.

Menurut laporan syarikat Markit, Indeks Pengurus Pembelian PMI untuk Itali meningkat kepada paras bacaan sebanyak 53.1 mata pada bulan Mac, sementara pada bulan Februari angka bacaan adalah 50.4 mata. Ahli ekonomi menjangkakan indeks akan meningkat kepada bacaan sebanyak 50.7 mata pada bulan Mac. IHS Markit menyatakan bahawa dinamik positif aktiviti syarikat perkhidmatan dapat membantu menarik ekonomi daripada kemelesetan.

Penunjuk yang sama bagi Jerman juga memberangsangkan para pelabur. Menurut data, Indeks Pengurus Pembelian PMI untuk sektor perkhidmatan Jerman meningkat kepada paras bacaan sebanyak 55.4 mata pada bulan Mac, manakala pada bulan Februari angka tersebut adalah 55.3 mata. Ahli ekonomi menjangkakan indeks menurun kepada paras bacaan sebanyak 54.9 mata.

Tetapi Perancis "mengepam" dengan petunjuknya untuk sektor perkhidmatan, yang pada bulan Mac jatuh di bawah paras 50 mata, menunjukkan penurunannya. Berdasarkan laporan itu, indeks Pengurus Pembelian PMI untuk Perancis pada bulan Mac adalah 49.1 mata, manakala pada bulan Februari angka bacaan berada pada catatan 50.2 mata. Ahli ekonomi menjangkakan kejatuhan penunjuk yang lebih besar ke paras bacaan sebanyak 48.7 mata.

Prestasi yang baik di negara-negara zon Eropah berjaya membawa kepada peningkatan dalam indeks keseluruhan untuk sektor perkhidmatan zon Eropah, yang meningkat kepada paras bacaan sebanyak 53.3 mata pada bulan Mac berbanding 52.8 mata pada bulan Februari. Angka bacaan tersebut adalah dijangka menurun kepada 52.7 mata.

Bagi indeks komposit, berdasarkan data baru-baru ini mengenai PMI zon Eropah dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan, pada bulan Mac terdapat penurunan kepada 51.6 mata berbanding 51.9 mata pada bulan Februari. Izinkan saya mengingatkan kepada anda bahawa nilai di atas 50 menunjukkan kepada peningkatan aktiviti.

Semua ini sekali lagi menunjukkan bahawa risiko penurunan bagi ekonomi zon Eropah hanya meningkat.

Data mengenai jualan runcit di kawasan Eropah juga menyokong dagangan mata wang euro, tetapi sesetengah ada yang tidak mencukupi untuk menjejaskan keadaan keseluruhan dalam ekonomi Eropah.

Menurut data, jualan runcit di zon Eropah pada bulan Februari tahun ini meningkat hanya sebanyak 0.4% berbanding bulan Januari. Berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2018, jualan runcit meningkat sebanyak 2.8%. Para ahli ekonomi meramalkan jualan runcit meningkat hanya 0.2% pada bulan Februari. Jualan runcit di zon Eropah pada bulan Januari disemak semula kepada 0.9% selepas jatuh sebanyak 1.4% pada bulan Disember 2018.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang EURUSD, adalah secara umunya kekal tidak berubah. Pembeli aset berisiko, walaupun berhampiran dengan sempadan atas saluran lebar luas, tetapi semua adalah berkemungkinan boleh menolaknya beberapa mata. Kini perdagangan utama akan berada dalam julat 1.1185-1.1250 dengan pertengahan di kawasan 1.1218. Hanya penembusan tahap 1.1250 akan membawa kepada tahap tertinggi baru di kawasan 1.1290 dan 1.1330.