Carta 4 Jam
Seperti yang dilihat pada carta 4 Jam, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah meneruskan penurunan ke arah Tahap Penarikan Semula 50.0% (1.2868). Pada 25 April, perbezaan harga menaik adalah indikator CCI, yang membolehkan kita mengira pembalikan pasangan mata wang akan memihak kepada pound Britain dan beberapa kenaikkan ke arah tahap Penarikan Semula 61.8% (1.2969). Lantunan sebut harga dari tahap Fibo 50.0% akan memihak kepada permulaan pertumbuhan pasangan mata wang ini. Menutup kadar di bawah tahap 50.0% akan meningkatkan kebarangkalian penurunan harga yang selanjutnya ke arah Tahap Penarikan Semula 38.2% (1.2765).
Grid Fibo dibangunkan mengikut tahap ekstrem 20 September, 2018, dan 3 Januari 2019.
Carta 1 Jam
Seperti yang dilihat pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD telah melengkapkan pembalikan memihak kepada Pound dan pulangan ke tahap Penarikan Semula 127.2% (1.2917) selepas perbezaan (divergence) menaik pada indikator CCI yang telah terbentuk. Lantunan semula harga pada pasangan mata wang GBP/USD dari tahap 127.2% akan memihak kepada dolar AS dan lanjutan penurunan ke arah tahap Fibo 161.8% (1.2842). Penutupan sebut harga pasangan mata wang ini di atas tahap 127.2% akan meningkatkan peluang kesinambungan kenaikkan harga ke arah tahap Penarikan Semula 100.0% (1.2976).
Grid Fibo dibangunkan mengikut tahap ekstrem pada 29 Mac, 2019, dan 3 April 2019.
Ramalan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan cadangan perdagangan:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.12976 dan pesanan stop loss di bawah tahap Penarikan Semula 127.2% jika pasangan mata wang ini ditutup di atas 1.2917 (carta 1 Jam).
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.2842 dan pesanan stop loss di atas tahap 127.2% jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 1.2917 (carta 1 Jam) dan melepasi perbezaan (divergence) rendah.