Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 26 April. Stop Loss 1.2870 hanya bersifat sementara

Carta 4 Jam

Seperti yang diperhatikan pada carta 4-jam, pasangan mata wang GBP/USD ini jatuh ke tahap penarikan semula 50.0% (1.2868) dan melantun daripada tahap tersebut dengan pembentukan perbezaan (divergence) menaik dalam indikator CCI. Akibatnya, pada 26 April, pasangan mata wang ini memulakan proses pertumbuhan ke arah tahap penarikan 61.8% (1.2969). Pengukuhan sebut harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah paras Fibo 50.0% boleh ditafsirkan sebagai pembalikan yang memihak kepada mata wang Amerika Syarikat dan mengharapkan pemulihan menruun ke arah tahap penarikan 38.2% (1.2765).

Grid Fibo dibangunkan mengikut tahap ekstrem 20 September, 2018, dan 3 Januari 2019.

Carta 1 Jam

Seperti yang diperhatikan pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD ini ditutup di bawah tahap Fibo 127.2% (1.2917), tetapi juga diterbalikkan memihak kepada pound dan kembali ke tahap penarikan 127.2%. Lantunan semula harga dari tahap Fibo 127.2% akan berfungsi memihak kepada dolar Amerika dan pemulihan kejatuhan ke arah tahap penarikan semula 161.8% (1.2842). Penutupan harga di atas tahap Fibo 127.2% akan membolehkan kita menjangkakan kenaikkan ke tahap penarikan 100.0% (1.2976).

Grid Fibo dibangunkan mengikut tahap ekstrem pada 29 Mac, 2019, dan 3 April 2019.

Ramalan Pasangan Mata Wang GBP/USD dan Cadangan Perdagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan sasaran pada tahap 1.2976 dan pesanan stop loss di bawah tahap penarikan semula 127.2% jika pasangan mata wang ini menutup di atas tahap 1.2917 (carta 1 Jam).

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.2842 dan pesanan stop loss di atas tahap 127.2% jika pasangan mata wang ini melantun dari tahap 1.2917 (carta 1 Jam).