URUSD: Amerika Syarikat menuduh China mengganggu rundingan perdagangan. Permintaan untuk aset selamat akan meningkat

Semalam, dagangan mata wang euro adalah terhad dalam pertumbuhan berbanding dolar AS, dan pound Britain. Ketegangan yang semakin meningkat dalam rundingan antara Amerika Syarikat dan China menjejaskan pasaran saham sekali lagi, yang turut mempengaruhi pasaran mata wang sebahagiannya.

Juga pada hari ini, semasa ucapannya, wakil jualan AS Lighthizer menyatakan bahawa China enggan memenuhi komitmennya sebelum ini semasa rundingan, sehubungan dengan itu AS akan meningkatkan duti import ke atas China yang bernilai sejumlah AS$ 200 bilion dari 10% sehingga 25% pada hari Jumaat ini. Selain itu, Lighthizer menyatakan bahawa sepanjang minggu lalu, White House telah mengamati hakisan komitmen China, yang memaksa pentadbiran untuk kembali kepada pelan sebelumnya yang berkaitan dengan peningkatan duti. Rundingan selanjutnya dengan wakil-wakil China akan diteruskan pada hari Khamis dan Jumaat. Mengapa kedudukan China berubah begitu drastik? Robert Lighthizer tidak pasti.

Kenyataan yang sama dibuat oleh Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin.

Selain itu, apa yang akan membawa kepada rundingan selanjutnya adalah tidak jelas. Walau bagaimanapun, permintaan untuk aset selamat seperti JPY dan franc Switzerland boleh meningkat dengan ketara dalam tempoh masa terdekat.

Bagi data semalam, hanya indeks aliran pekerjaan di Amerika Syarikat keluar pada separuh kedua hari ini, yang meningkat pada bulan April tahun ini berbanding bulan sebelumnya. Menurut laporan Lembaga Persidangan, indeks aliran pekerjaan berada pada catatan 110.79 mata berbanding angka bacaan pada bulan Mac yang disemak semula berada pada catatan sebanyak 110.73 mata. Lembaga Persidangan itu berkata bahawa jangkaan kelembapan yang ketara dalam ekonomi Amerika Syarikat secara beransur-ansur melemah, tetapi ramalan untuk pertumbuhan pekerjaan dalam beberapa suku akan datang memperoleh lebih banyak ciri positif.

Ucapan seterusnya wakil Fed tetap tidak dijangkakan oleh pasaran.

Sementara itu, Presiden Rizab Persekutuan Bank of Philadelphia, Patrick Harker, semalam berkata beliau masih menjangkakan kenaikan kadar pada tahun 2019 dan satu lagi adalah pada tahun 2020. Bagaimanapun, inflasi merupakan kunci utama kepada dasar masa depan Fed. Harker mencadangkan bahawa kelemahan baru-baru ini dalam inflasi adalah bersifat sementara, dan masih menjangka ia menjadi lebih dari catatan sebanyak 2% dalam jangka masa sederhana.

Bagi pertumbuhan ekonomi, angka tersbeut mungkin sedikit melebihi 2% tahun ini, berikutan daripada data terkini mengenai KDNK AS untuk suku pertama tahun ini adalah jelas di atas jangkaan.

Antara risiko utama yang dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi selanjutnya, Harker menyatakan sekatan dan duti perdagangan yang akan merugikan kesihatan ekonomi, sejak rundingan dengan China mungkin terganggu.

Bagi gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD, jangkaan lebih lanjut untuk pergerakan instrumen perdagangan kelihatan tidak jelas. Penurunan harga boleh membuktikan selepas kembali dan mengemaskini pada tahap rintangan 1.1220, sementara kenaikkan harga akan ditetapkan dengan jelas untuk memegang sokongan besar 1.1180. Dari mana, percubaan akan dibuat untuk membentuk sempadan bawah saluran menaik baru. Sasran kenaikkan harga adalah untuk mengemas kini paras tertinggi pada minggu lepas iaitu sekitar tahap 1.1260 manakala sasaran penurunan harga adalah pada tahap rendah bulan April yang lalu di kawasan 1.1110.