GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 10 Mei. Pergerakan harga selanjutnya bergantung kepada laporan KDNK UK.

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Semalam, pembeli berjaya menghentikan pergerakan penurunan pound selepas perbezaan (divergence) pada indikator MACD, seperti yang telah saya nyatakan secara terperinci dalam ulasan saya. Pada masa ini, tugas aliran menaik adalah menembusi tahap rintangan 1.3020, penembusan harga pada tahap ini akan membentuk gelombang menaik baru yang lebih besar dengan ujian harga pada tahap tinggi 1.3074 dan 1.3125, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Walau bagaimanapun, seperti yang anda faham, semuanya bergantung kepada keputusan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari UK, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada waktu pagi. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD diniagakan rendah, pesanan membeli boleh diambil semasa penembusan harga palsu di kawasan sokongan 1.2971 atau semasa lantunan semula harga dari tahap rendah 1.2933.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Pembentukan penembusan harga palsu di kawasan rintangan 1.3019 akan menjadi isyarat yang sangat baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pound, dan laporan lemah mengenai KDNK UK akan segera menarik pasangan mata wang untuk berdagang ke kawasan sokongan 1.2971 dan 1.2933, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario kenaikkan harga di atas tahap 1.3019, dan laporan ekonomi yang positif, adalah yang terbaik untuk menjual selepas membentuk penembusan harga palsu di kawasan rintangan 1.3074 atau semasa lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.3125.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang ini diniagakan sekitar Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan ketidakpastian pasaran terhadap laporan penting.

Bollinger band

Volatiliti indikator adalah sangat rendah, yang tidak memberi isyarat kepada para pedagang untuk memasuki pasaran.

Huraian Indikator:

MA (moving average) 50 days - KuningMA (moving average) 30 days - HijauMACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9Bollinger Bands 20