Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Untuk menghentikan arah aliran menurun, pembeli Pound memerlukan penarikan semula dan pengukuhan harga di atas tahap 1.2930, yang mana mereka telah kehilangan semalam pada waktu petang selepas harga membuat sedikit pembetulan menaik, yang terbentuk disebabkan oleh perbezaan (divergence) pada indikator MACD. Hanya di atas tahap 1.2930 kita akan dapat mengharapkan permintaan yang lebih besar untuk pound, yang akan membawa kepada kemaskini tahap tinggi 1.2983 dan 1.3037, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan jauh lebih jauh, maka adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli semasa lantunan semula harga dari tahap rendah 1.2877-70.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Kekurangan berita mengenai Brexit dan pertikaian di antara parti-parti UK telah meningkatkan tekanan ke atas mata wang pound. Matlamat penjual hari ini adalah untuk membentuk penembusan harga palsu di kawasan rintangan 1.2930, yang akan menjadi isyarat pertama untuk mengambil pesanan menjual sekaligus dengan mudah boleh membawa pasangan mata wang GBP/USD berdagang ke kawasan rendah 1.2870 dan 1.2812, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Sekiranya pound meningkat di atas tahap rintangan 1.2930, pesanan menjual boleh dipertimbangkan semasa lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.2983.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan sifat penurunan harga pasaran.
Bollinger band
Sekiranya Pound meneruskan dagangan menurun, sokongan akan diberikan oleh had bawah indikator pada tahap 1.2889. Rintangan adalah had lebih tinggi di kawasan 1.2935.
Huraian Indikator
MA (moving average) 50 days - kuningMA (moving average) 30 days - hijauMACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9Bollinger Bands 20