EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 20 September. Federal Reserve Bank of New York terus membeli hutang berbilion dolar, dan euro masih menunggu tindakan aktif dari Fed

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Federal Reserve Bank of New York pada semalam telah melakukan pembelian semula hutang sebanyak $75 bilion, dengan itu menyediakan bank dengan sokongan mudahkecairan. Kali ini, penjual Dolar AS meninggalkan fakta ini tanpa pengawasan, sedangkan pada Selasa berita ini telah menyebabkan kejatuhan Dolar AS. Tidak ada perubahan sama sekali dari sudut pandangan teknikal. Pembeli masih perlu menembusi tahap rintangan 1.1074, yang akan membawa kepada pertumbuhan berterusan euro ke tahap tinggi 1.1110, serta untuk mengemas kini tahap rintangan yang lebih besar pada tahap 1.1151, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya tekanan pada euro pulih pada sebelah pagi, maka adalah lebih baik untuk mempertimbangkan pembelian baru selepas mengemas kini tahap sokongan 1.1031, dengan keadaan pembentukan seterusnya adalah penembusan harga palsu pada tahap tersebut, atau melantun semula dari tahap yang lebih rendah 1.0992.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Pedagang mengabaikan laporan mengenai keadaan ekonomi Amerika Syarikat pada petang semalam, serta laporan mengenai pertumbuhan negatif baki akaun semasa imbangan pembayaran AS, yang mengekalkan keseimbangan di pasaran. Penjual akan terus menunggu penembusan harga pada tahap sokongan 1.1031, yang akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang ini dan membawa kepada penurunan selanjutnya ke kawasan yang lebih rendah 1.0992 dan 1.0955, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang ini meningkat pada separuh pertama hari ini ke tahap rintangan 1.1074, maka anda boleh mengambil pesanan menjual hanya pada penembusan harga palsu. Anda boleh mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD dengan segera untuk lantunan semula dari tahap tinggi minggu lalu, iaitu pada tahap 1.1110. Melihat kepada laporan fundamental yang tidak dijangkakan pada hari ini, volatiliti pasaran berkemungkinan akan kekal rendah.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam wilayah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan ketidaktentuan pasaran.

Bollinger band

Penembusan harga pada sempadan lebih rendah indikator pada tahap 1.1040 akan meningkatkan tekanan ke atas mata wang euro, manakala sempaan lebih tinggi 1.1074 akan mengehadkan potensi kenaikkan harga pada sebelah pagi.

Huraian Indikator

MA (moving average) 50 days - Kuning MA (moving average) 30 days - Hijau MACD: Fast EMA 12, Slow EMA 26, SMA 9 Bollinger Bands 20