Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Permintaan untuk mata wang Dolar AS kekal tinggi. Data semalam mengenai pertumbuhan ekonomi AS dan pernyataan wakil Fed hanya memberi tekanan pada pasangan mata wang EUR/USD, yang mengemas kini tahap rendah tahunan pada tahap 1.0900. Pada masa ini, tugas penting bagi pembeli adalah untuk mengekalkan euro di atas tahap 1.0905, dan hanya pembentukan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat pertama untuk para pedagang mengambil pesanan membeli dalam jangkaan pulangan ke tahap rintangan 1.0938, di atas pembetulan menaik yang lebih besar boleh dijangka. Sasaran utama aliran menaik akan menjadi tahap tinggi 1.0967, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Untuk senario kesinambungan penurunan harga pasangan mata wang EUR/USD pada sebelah pagi di bawah tahap 1.0905, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli dengan lantunan semula harga dari tahap rendah 1.0873.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Laporan mengenai inflasi di Itali dan data mengenai penunjuk keyakinan pengguna di zon eropah dijangka pada sebelah pagi. Statistik yang melemah akan membawa kepada pembentukan harga palsu pada tahap rintangan 1.0938, yang akan menjadi isyarat pertama untuk mengambil pesanan menjual baru untuk menembusi dan mengukuh di bawah tahap 1.0905, yang akan memberikan kemasukan pesanan menjual euro baru. Tugas utama aliran menurun akan menjadi ujian harga pada tahap rendah 1.0873 dan 1.0840, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Untuk membolehkan senario pembeli kembali ke pasaran dan meningkat di atas tahap rintangan 1.0938 pada sebela pagi, adalah lebih baik untuk kembali ke pesanan menjual dengan pemulihan harga dari tahap tinggi 1.0967, walaupun ia tidak akan membawa kepada penembusan harga dalam aliran menurun semasa.
Isyarat Indikator:
Moving Averages (MA)
Pasnagan mata wang ini berdagang di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan sifat pasaran melemah.
Bollinger band
Sekiranya penurunan EUR/USD berlaku pada waktu pagi, penembusan sempadan lebih rendah pada penunjuk 1.0905 akan meningkatkan tekanan ke atas euro. Pertumbuhan akan dihadkan oleh tahap lebih tinggi pada 1.0960.
Huraian Indikator:
MA (moving average) 50 days - Kuning MA (moving average) 30 days - Hijau MACD: Fast EMA 12, Slow EMA 26, SMA 9 Bollinger Bands 20