Apakah yang dijangkakan dari mesyuarat Bank of Canada

Mata wang Loonie dilihat mengukuh pada malam pertemuan Oktober bagi mesyuarat Bank of Canada. Berikutan mesyuarat pada hari esok antara anggota pengatur Kanada, pasangan USD / CAD semestinya boleh menembusi tahap sokongan 1.3000 atau kembali ke tahap rintangan pertama 1.3200 (garis tengah Bollinger Bands, yang bertepatan dengan sempadan bawah daripada awan Kumo pada carta harian). Berdasarkan dinamik petunjuk makroekonomi utama, terdapat semua prasyarat untuk loonie secara terus mengukuhkan berbanding dolar, terutamanya sekiranya keputusan Fed akan mengecewakan kenaikkan dolar dengan kedudukan yang lebih lembut esok.

Berdasarkan pendapat umum pasaran, bank pusat Kanada akan meninggalkan semua parameter dasar monetari dengan kedudukan tidak berubah esok. Tidak seperti pengawal selia Amerika Syarikat, di mana anggotanya (kemungkinan besar) sekali lagi akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas - merupakan penurunan kali ketiga tahun ini. Situasi seperti itu akan memihak kepada loonie, bagaimanapun, kedua-dua pemotongan kadar Fed dan sikap 'menunggu-dan-melihat' Bank of Canada telah diambil kira dalam harga pasaran semasa. Dinamik seterusnya pasangan mata wang USD / CAD akan bergantung kepada langkah selanjutnya pengawal selia ini.

Sepertimana yang telah dinyatakan di atas, pegawai Bank of Canada mempunyai alasan untuk mengekalkan sikap 'tunggu dan lihat'. Khususnya, data inflasi terkini dilihat ternyata memberangsangkan, walaupun dalam beberapa parameter penunjuk berada di bawah paras ramalan. Indeks harga pengguna meningkat sebanyak 1.9% pada bulan September (secara asas tahunan): penunjuk juga menunjukkan keputusan yang sama pada bulan Ogos. Indeks teras, tidak termasuk harga gas, meningkat sebanyak 2.4% - merupakan peningkatan bulan ketiga berturut-turut. Memandangkan struktur indikator umum, peserta pasaran dapat menyimpulkan bahawa minyak menjadi "penambat" kepada pertumbuhan inflasi - harga petrol turun sebanyak sepuluh peratus tahun ke tahun, berbanding situasi permintaan yang terus lemah untuk "emas hitam". Selain itu, penilaian keseluruhan indeks yuran pengajian/pembelajaran - di mana turun sebanyak 3.6% disebabkan oleh pengenalan program khas di peringkat Ontario, susulan daripada kos pendidikan di wilayah ini menurun.

Seterusnya, petunjuk inflasi menunjukkan aliran positif. Sebagai contoh, untuk bulan ketujuh berturut-turut, indeks pembelian kereta semakin meningkat - pada bulan September indek menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4% dalam tempoh tahunan. Harga makanan meningkat (sebanyak 3.7% (tahun ke tahun), bagi sektor perumahan dan kos pengangkutan juga turut meningkat. Indeks kos pinjaman gadai janji pada bulan September juga meningkat dengan ketara - sebanyak 7.5%.

Berdasarkan kepada beberapa pakar, kadar inflasi pada bulan September di Kanada (+ 1.9%) dicatatkan dalam bacaan sederhana. Dalam satu sudut yang lain, bacaan ini sememangnya - ramai penganalisis pada malam pelepasan meramalkan angka bacaan yang lebih kukuh. Tetapi sebaliknya, adalah wajar mengingatkan bahawa Bank of Canada sendiri mengharapkan dinamik pertumbuhan inflasi yang lebih sederhana - sebanyak 1.6%. Oleh demikian, dalam hal ini, angka yang diterbitkan harus dilihat melalui prisma prospek dasar monetari bank pusat.

Bagi penunjuk makro utama yang lain, keadaan di sini adalah kontroversi. Khususnya, dinamik pertumbuhan KDNK yang mengecewakan, tetapi data terkini mengenai pasaran pekerja di Kanada sangat mengejutkan. Bertentangan dengan ramalan kebiasaanya, kadar pengangguran jatuh kepada 5.5%, dan jumlah pekerja meningkat sebanyak lima kali (!) Melebihi nilai ramalan, mencapai kepada 53 ribu dan bukan sebanyak 11 ribu seperti yang dijangkakan. Adalah perlu diperhatikan di sini bahawa peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan jumlah pekerja sepenuh masa (+70 ribu), manakala pekerjaan sambilan menurun sebanyak 16 ribu orang. Ini adalah isyarat positif, termasuk penunjuk inflasi, memandangkan kedudukan tetap memerlukan tahap gaji yang lebih tinggi dan tahap perlindungan sosial. Kadar pertumbuhan gaji dipercepatkan kepada 4.3% daripada nilai sebelumnya 3.8%, menandakan pengukuhan skala gaji.

Tetapi data mengenai pertumbuhan KDNK Kanada, yang diterbitkan pada awal bulan Oktober, telah menjadikan para pedagang untuk pasangan USD / CAD gugup. Indikator itu muncul di zon merah, tidak memberikan ramalan kukuh kebanyakan penganalisis: secara bulanan, indikator berada pada paras sifar (dengan ramalan pertumbuhan yang lemah hingga 0.1%), manakala dalam jangka tahunan ia turun menjadi 1.3% dengan ramalan pertumbuhan sehingga 1.4%).

Justeru, pada pendapat saya, para pengatur Kanada mempunyai alasan dan sebab untuk mengekalkan sikap 'tunggu dan lihat' pada hari esok, terutamanya memandangkan keputusan pusingan terakhir perundingan antara AS-China. Ramalan ekonomi yang dikemaskini untuk tahun 2020 mungkin menggambarkan kesan negatif konflik perdagangan global, dan kenyataan yang disertakan akan memberi tumpuan kepada prospek global dan ketidakpastian perdagangan. Tetapi secara umum, Bank of Canada tidak mungkin tersasar dari kedudukan yang diumumkan pada bulan September. Fakta ini boleh menyokong mata wang Kanada seiring dengan dolar AS. Tetapi kedudukan pendek harus dibuka untuk pasangan itu hanya selepas pengumuman keputusan mesyuarat Oktober Fed: sekiranya keputusan tidak berpihak kepada dolar, impulsif menurun bagi pasangan USD / CAD mungkin meningkat. Tetapi jika tidak, pasangan akan membetulkan sekurang-kurangnya sekitar kawasan 1.3200.