GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 25 November. Momentum penurunan harga mungkin akan berterusan

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Sehingga kini, pembeli Pound British gagal mengekalkan pasangan mata wang ini dari pembetulan menurun. Pergerakan harga kecil menjelang pilihan raya memihak kepada Parti Buruh memberikan tekanan ke atas mata wang Pound Britain, serta data lemah yang dilaporkan dalam aktiviti sektor perkhidmatan. Kini, aliran menaik perlu cepat kembali berdagang ke tahap rintangan 1.2861 dan mengukuh di atasnya pada separuh pertama hari ini, kerana hanya ini akan membolehkan pasangan mata wang GBP/USD membuat pembetulan menaik pada tahap tinggi 1.2892, di mana saya mencadangkan pengambilan untung kepada para pedagang. Sekiranya penurunan harga terus bertindak secara aktif, maka adalah sebaiknya untuk kembali kepada pesanan membeli hanya jika penembusan harga palsu dibentuk pada tahap sokongan 1.2829, tetapi adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli segera untuk lantunan semula harga dari tahap rendah 1.2800.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Adalah lebih baik untuk penjual tidak membiarkan pasangan mata wang ini bergerak di atas rintangan 1.2861 pada separuh pertama hari ini, dan pembentukan penembusan harga palsu pada tahap ini akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan menjual dengan mensasarkan pergerakan menurun ke tahap yang lebih rendah lagi. Walau bagaimanapun, tugas yang lebih penting untuk aliran menurun adalah untuk menembusi dan mengukuh di bawah tahap sokongan 1.2829 pada awal minggu, yang akan membantu mengekalkan momentum dan mencapai tahap yang agak penting iaitu 1.2800 dan 1.2769, di mana saya mencadangkan pengambilan untung. Tiada laporan ekonomi penting yang dijadualkan akan dikeluarkan di UK pada hari ini, oleh yang demikian, tumpuan pedagang sekali lagi akan beralih kepada permainan politik sebelum pilihan raya diadakan pada bulan Disember tahun ini.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini berdagang di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pasaran melemah dan bertindak sebagai tahap rintangan.

Bollinger band

Kenaikkan harga akan dihadkan oleh tahap tinggi pada penunjuk 1.2865, manakala arah aliran menurun akan dihalang oleh tahap yang lebih rendah pada 1.2820.

Huraian Indikator:

Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan bunyi). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan bunyi). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau. Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan). Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9. Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.