Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Laporan aktiviti pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan yuran pentadbiran White House yang baru untuk Argentina dan Brazil telah melemahkan mata wang Dolar AS dan menyokong Euro. Pada masa ini, pembetulan menaik berpotensi untuk diteruskan, walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli selepas pembentukan penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.1059, atau mengambil pesanan membeli EUR/USD dengan segera untuk lantunan harga dari tahap 1.1034. Tugas yang lebih penting untuk aliran menaik adalah untuk menembusi dan mengukuh di atas tahap rintangan 1.1088, namun, ini hanya akan berlaku sekiranya laporan harga pengeluar di zon eropah mencatatkan bacaan positif, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada separuh pertama hari ini. Ahli ekonomi menjangkakan harga akan kekal tidak berubah pada bulan November. Penembusan harga pada tahap 1.1088 akan mendorong kepada kemas kini tahap tinggi 1.1109 dan 1.1131, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk pengambilan untung.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Aliran menurun bergantung kepada kegagalan harga untuk mengukuh di atas tahap rintangan 1.1088, dan mengemas kini tahap tinggi hari ini dengan perbezaan di antara penunjuk MACD akan menjadi isyarat pertama untuk para pedagang mengambil pesanan menjual euro, pasangan mata wang EUR/USD ini akan mensasarkan pergerakan ke tahap sokongan 1.1059, namun kembali berdagang ke tahap sokongan 1.1034 adalah lebih penting, di mana saya mencadangkan pengambilan untung. Harga kini berada pada tahap 1.1034 dimana pembeli akan cuba membina sempadan lebih rendah pada saluran baru yang semakin meningkat. Untuk senario pertumbuhan EUR/USD di atas tahap rintangan 1.1088 pada sebelah pagi, susulan pengumuman laporan yang baik mengenai harga pengeluar di zon eropah, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan pesanan menjual selepas pasangan mata wang ini mengemaskini tahap tinggi 1.1109, atau menjual dengan segera untuk lantunan harga dari tahap rintangan 1.1131.
Isyarat Indikator:
Moving Averages
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, ujian harga yang mana, jika pembetulan ke arah bawah, boleh menyebabkan pembentukan gelombang pertumbuhan baru.
Bollinger band
Kenaikkan harga akan dihadkan oleh tahap tinggi indikator di kawasan 1.1109, manakala sempadan lebih rendah pada tahap 1.1034 akan menyediakan sokongan untuk pasangan mata wang ini.
Penerangan indikator
Moving average (moving average menentukan arah aliran semasa volatiliti perlahan dan pantas). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan kuning.Moving average (moving average menentukan arah aliran semasa dengan volatiliti perlahan dan pantas). Tempoh 30. Grafik ditandakan hijau.Indikator MACD (Moving average Convergence / Divergence - Moving average average convergence / divergenc) Tempoh EMA Fast 12. Tempoh perlahan EMA 26. Masa SMA 9Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20