Analisis Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD untuk 20 Disember. Bank of England mendorong Pound untuk terus diniagakan rendah

Pasangan Mata Wang EUR/USD

Pada 19 Disember, pasangan mata wang EUR/USD mengakhiri dagangan dengan peningkatan beberapa mata asas, yang tidak menjejaskan penanda gelombang semasa dalam apa-apa cara, yang masih melibatkan penyempurnaan tren menaik gelombang 3 berhampiran tahap Fibonacci 100.0%. Pada masa yang sama, kebarangkalian struktur menaik menjadi kompleks dan transformasinya menjadi gelombang 5 dengan prospek untuk meninggalkan lebih tinggi daripada 12 angka sehingga percubaan berjaya menembusi tahap Fibonacci 61.8%.

Komponen Fundamental:

Tidak ada laporan ekoonomi mengenai instrumen Euro/Dolar AS pada Khamis. Ini menjelaskan aktiviti lemah pasaran mata wang dan ketidakupayaan instrumen untuk terus menurun di bawah tahap Fibonacci 61.8% atau untuk mula membnagunkan gelombang 5. Selain itu, hanya terdapat laporan Jabatan Tenaga Kerja AS mengenai aplikasi untuk faedah pengangguran. Ia mencatatkan bacaan 234,000, yang sedikit lebih tinggi daripada jangkaan pasaran. Terdapat juga data jualan di pasaran perumahan kedua pada bulan November, yang juga ternyata lebih buruk berbanding ramalan. Hari ini, terdapat beberapa laporan ekonomi yang menarik di Amerika yang pasti akan menarik perhatian peserta pasaran. Pertama sekali, kita bercakap tentang laporan mengenai KDNK untuk suku ketiga. Menurut jangkaan pasaran, KDNK perlu meningkat sebanyak 2.1%, dan sebarang bacaan di bawah paras ini akan dianggap sebagai negatif bagi Dolar AS. Di samping itu, pasaran akan memantau dengan teliti data mengenai pendapatan dan perbelanjaan peribadi penduduk Amerika, yang masing-masing akan meningkat sebanyak 0.3% dan 0.4%. Anda juga harus memberi perhatian kepada indeks keyakinan pengguna University of Michigan, yang mungkin melebihi bacaan November, iaitu 99.2. Oleh itu, ketiga-tiga laporan itu akan dikeluarkan hari ini untuk membantu Dolar AS mencapai Fibonacci 61.8%, yang akan membolehkan pasaran terus mengambil bahagian dalam pembangunan aliran menurun yang baru.

Kesimpulan dan cadangan umum:

Pasangan mata wang Euro/Dolar AS mungkin telah selesai membangunkan struktur aliran menaik. Oleh itu, saya akan mengesyorkan kepada para pedagang untuk membeli instrumen dengan sasaran berhampiran tahap 1.1233 dan 1.1303, yang bersamaan dengan Fibonacci 127.2% dan 161.8%, hanya sekiranya harga berjaya menembusi tahap 100.0%. Pada masa yang sama, saya juga mengesyorkan penjualan instrumen sejurus selepas harga berjaya menembusi tahap 1.1109, yang akan mengesahkan kesediaan pasaran untuk terus menjual mata wang euro.

Pasangan Mata Wang EUR/USD

Pada 19 Disember, pasangan mata wang GBP/USD kehilangan lagi 70 mata asas dan, dengan itu, terus membangunkan aliran menurun yang dicadangkan bagi pasaran dan gelombang 1 atau a. Oleh itu, penurunan sebut harga instrumen boleh diteruskan hari ini, pada Jumaat, dengan sasaran yang terletak sekitar Fibonacci 61.8%. Sebaliknya, struktur menaik kini dianggap lengkap. Oleh itu, saya berharap untuk melihat sekurang-kurangnya struktur gelombang menurun pada tiga gelombang. Walau bagaimanapun, kegagalan harga untuk menembusi tahap Fibonacci 61.8% boleh membawa kepada permulaan pembentukan gelombang 2 atau b.

Komponen Fundamental:

Pada Khamis, laporan ekonomi untuk instrumen pasangan mata wang GBP/USD sangat penting. Mesyuarat Bank of England, yang terakhir untuk tahun 2019, dirancang untuk menjawab persoalan "bilakah Bank Pusat bersedia untuk menukar kadar faedahnya?" Ramai yang percaya bahawa pengurangan ke paras 0.5% akan dilaksanakan dalam beberapa bulan yang akan datang, dan oleh itu, seseorang percaya bahawa kadar itu tidak dikurangkan. Di samping itu, Bank of England sendiri telah mengambil kedudukan yang paling neutral, dan kenyataan yang disertakan dapat ditafsirkan seperti yang anda suka. Sebaliknya, wakil-wakil Bank Pusat tidak memberikan jawapan yang jelas kepada persoalan ketika mengharapkan perubahan dalam dasar kewangan. Hanya diperhatikan bahawa laporan ekonomi di UK mempunyai kecenderungan untuk menurun dan ini membimbangkan ahli-ahli jawatankuasa dasar monetari. Walau bagaimanapun, tidak kurang menarik adalah ketidakpastian Brexit yang akan datang, yang berkaitan dengan rundingan masa depan di antara London dan Brussels mengenai pelbagai perjanjian, khususnya perdagangan, yang akan menentukan hubungan di antara mereka selepas Brexit. Bank of England juga bimbang tentang kemungkinan perang perdagangan baru atau peningkatan yang ada yang berdampak negatif terhadap keseluruhan ekonomi dunia dan ekonomi UK khususnya. Oleh itu, Bank Pusat British mengambil kedudukan tunggu-dan-lihat dan berhasrat untuk campur tangan hanya sekiranya berlaku kecemasan.

Kesimpulan dan cadangan umum:

Instrumen Pound/Dolar AS sepatutnya menyelesaikan pembangunan struktur menaik. Oleh itu, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk terus menjual instrumen dengan sasaran ditetapkan berhampiran tahap 1.2950, yang secara kasarnya adalah berpadanan dengan tahap Fibonacci 61.8%. Pemergian sebut harga dari tahap rendah yang dicapai dalam rangka pembinaan gelombang pemulihan 2 boleh dipertimbangkan untuk kemungkinan penjualan baru instrumen ini.