Pasangan mata wang EURUSD telah jatuh ke tahap rendah 1.1535 pada hari Jumaat, sebelum ia mendapat sedikit sokongan. Senario kenaikan harga masih kekal kuat selagi harga kekal diniagakan di atas tahap sokongan sementara pada 1.1524. Penolakan harga di atas tahap 1.1640-50, anjakan semula Fibonacci 0.786 penurunan terkini antara 1.1693 dan 1.1535, akan mengesahkan lonjakan harga yang selanjutnya di atas tahap 1.1750. Sebaliknya, kejatuhan harga di bawah tahap 1.1524 akan melambatkan lagi keadaan.
Pasangan mata wang EURUSD menghadapi rintangan harga serta-merta di sekitar tahap 1.1750, diikuti oleh tahap 1.1850 dan lebih tinggi; manakala sokongan masing-masing berada pada tahap 1.1524. Struktur ini masih memihak kepada kenaikan harga sebagaimana ia bersedia untuk menembusi zon harga 1.1950-1.2000. Juga perlu di ambil perhatian bahawa tahap 1.1950-1.2000 adalah merupakan anjakan semu;a Fibonacci 0.618 pada penurunan terkini masing-masing di antara tahap 1.2350 dan 1.1524.
Struktur gelombang keseluruhan dari tahap tinggi 1.2350 melalui 1.1524 kelihatan seperti pembetulan harga, yang telah mendapat sokongan sekitar anjakan semula Fibonacci 0.50 pada rali awal masing-masing antara 1.0636 dan 1.2350. Jika struktur di atas bertahan dengan baik, kenaikkan mata wang EURO akan kembali mendominasi pasaran tidak lama lagi dan menolak harga menembusi tahap 1.1950 dan lebih tinggi lagi.
Pelan dagangan:Lonjakan harga diramalkan ke arah tahap 1.1950 berbanding 1.1450.
Semoga berjaya!