Gambaran Teknikal Pasaran
Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun dari tahap 1.1514 dan kenaikan harga telah berjaya mencapai tahap 1.1607. Lantunan harga ini telah berakhir dengan corak graf lilin Pin Bar dan pergerakan menaik telah ditamatkan, oleh yang demikian, pasaran telah ditarik semula ke arah bawah. Trend bagi carta masa yang lebih besar kekal menurun dan mana-mana penembusan harga pada tahap sokongan teknikal yang terletak pada 1.1571 akan menjadi negatif untuk kenaikan harga dalam jangka pendek. Sebaliknya, rintangan teknikal utama paling hampir dilihat berada pada tahap yang disebutkan, iaitu 1.1613, oleh yang demikian, tahap ini perlu ditembusi sebelum aliran menaik berkemungkinan akan cuba untuk menembusi ke arah tahap 1.1624 dan lebih tinggi lagi. Namun begitu, walaupun pasangan mata wang EUR/USD ini menyaksikan lantunan harga, momentumnya hampir tidak positif, jadi trend menurun masih mendominasi pasaran.
Tahap Pivot Mingguan:
WR3 - 1.1716
WR2 - 1.1666
WR1 - 1.1608
Pivot Mingguan - 1.1563
WS1 - 1.1509
WS2 - 1.1471
WS3 - 1.1405
Tinjauan Dagangan:
Pasaran bagi pasangan mata wang EUR/USD didominasi oleh penurunan harga yang telah menolak harga ke arah tahap 1.1501, iaitu tahap terendah sejak November 2020. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat terletak pada tahap 1.1497. Aliran menaik cenderung untuk dilanjutkan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (taha tinggi dari 06.01.2021) hanya jika senario kitaran menaik disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.