Pasangan Mata Wang AUD/USD
Jumaat lalu, mata wang Dolar Australia telah menyentuh garis MACD pada carta harian. Dari garis ini, pembalikan harga adalah diramalkan dengan pemulihan pergerakan menurun jangka sederhana, semnetara sasaran masing-masing berada pada tahap 0.5815, 0.5455. Tetapi sasaran pertama untuk aliran harga ini adalah saluran pertama saluran harga sekitar tahap 0.6185. Kemungkinan pembalikan harga dari tahap semasa ditunjukkan oleh pembalikan menurun Marlin Oscillator. Terdapat juga sedikit kenaikan harga ke saluran harga 0.6395, yang tidak akan menjejaskan bacaan oscillator.
Keadaan penurunan yang stabil belum terbentuk pada carta 4 Jam. Keadaan ini boleh menjadi penurunan harga di bawah garis MACD sekitar tahap 0.6215 (Tahap tinggi 31 Mac). Marlin oscillator akan berada dalam zon trend negatif pada masa ini.
Adalah mungkin untuk para pedagang membuka pesanan menjual dengan harga terletak di bawah tahap 0.6215. Pesanan Stop Loss ditetapkan pada tahap 0.6260, dan Take Profit sebelum tahap 0.5815.