EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 13 April, 2020. Dolar AS tidak bertindak balas terhadap laporan inflasi yang lemah. Aliran menaik mensasarkan penembusan harga ke tahap 1.0969

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Melihat kepada penutupan beberapa pasaran Eropah pada Jumaat, serta volatiliti pasaran dan volume perdagangan yang rendah, pedagang tidak bertindak balas dengan kuat terhadap laporan inflasi Amerika Syarikat (AS), yang mencatatkan penurunan sebanyak 0.4%, manakala ahli ekonomi mengunjurkan penurunan 0.3%. Laporan lemah adalah sangat diramalkan memandangkan peristiwa semasa di dunia, yang tidak menyebabkan perubahan dalam gambaran teknikal pasangan mata wang EUR/USD dalam dagangan jangka pendek. Pada masa ini, satu tugas penting bagi pembeli euro adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.0897, di mana pembentukan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat untuk pedagang membuka pesanan membeli dengan jangkaan pertumbuhan berterusan sekitar tahap tinggi baru 1.0969 dan 1.1033, di mana ia mungkin menjadi masalah dengan penembusan harga. Pengukuhan harga di atas tahap 1.0969 akan membuka jalan langsung ke kawasan 1.139, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya berlaku penurunan mendadak pada hari ini, euro berada di bawah tahap 1.0897, yang tidak mungkin, memandangkan kebanyakan pasaran ditutup bersempenan sambutan Hari Easter, pesanan membeli boleh dibuka kembali dengan serta-merta untuk melantun semula dari tahap rendah 1.0834.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Tugas utama penjual euro adalah untuk membentuk penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.0969, yang akan menjadi isyarat kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual dengan jangkaan penurunan harga ke tahap sokongan 1.0897, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Laporan statistik utama tidak diramalkan pada hari ini, kecuali ucapan dari wakil-wakil Rizab Persekutuan, maka kekurangan permintaan untuk euro sekitar tahap 1.0897 boleh mengakibatkan kejatuhan yang lebih dalam ke tahap rendah 1.0834, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya tidak ada penjualan aktif pada tahap 1.0969 pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk menangguhkan pesanan menjual sehingga pasangan mata wang ini menguji tahap tinggi 1.1033, dari mana anda boleh mengharapkan pembetulan 30-40 mata hari ini.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan di sekitar Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan sifat pasaran mendatar dengan sedikit kelebihan kepada pembeli euro.

Nota: Moving averages tempoh dan harga dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam dan berbeza daripada takrif umum classic daily moving averages pada carta harian.

Bollinger band

Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi pada tahap 1.0955 akan membawa kepada pertumbuhan euro yang lebih besar dalam jangka pendek. Penembusan harga pada sempadan lebih rendah di sekitar tahap 1.925 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang ini.

Huraian Indikator:

Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning. Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau. Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan). Fast EMA 12. Slow EMA 26. SMA 9. Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20