Sebarang berita positif mengenai penurunan kesan COVID-19 akan mendorong kepada penurunan Dolar AS (kesinambungan pertumbuhan bagi pasangan mata wang USD/JPY dan penurunan USD/CAD diramalkan)

Kejadian pada minggu lalu telah menunjukkan bahawa perhatian pasaran kini tertumpu kepada dua topik. Pertama adalah menunggu antivirus yang berkesan bagi menangani COVID-19. Sementara yang kedua adalah jangkaan untuk aktiviti ekonomi kembali beroperasi di Eropah dan Amerika Syarikat pada akhir bulan setelah negara mencapai apa yang disebut sebagai puncak pandemik coronavirus.

Melihat kepada perkara ini, pasaran mata wang masih jauh, dan semua peristiwa utama berlaku di pasaran minyak mentah dan saham syarikat, yang pada gilirannya akan mengeluarkan laporan untuk suku tahunan.

Faktor negatif utama untuk harga minyak adalah keadaan permintaannya sebagaimana ia mencatatkan penurunan paling besar dalam aktiviti ekonomi dunia di bawah pengaruh pandemik coronavirus. Hari ini, semasa sesi perdagangan Asia, niaga hadapan Mei minyak WTI Amerika turun 18.61%, kepada 14.87 dolar setong, sewaktu penulisan ini ditulis. Sebagai tambahan kepada sebab utama kesan terhadap sebut harga minyak yang dijelaskan di atas, dipercayai bahawa penurunan tersebut adalah disebabkan oleh berakhirnya kontrak dalam masa terdekat.

Mengenai dinamik harga minyak yang dijangkakan, kami percaya bahawa minyak pada umumnya akan terus berada di bawah tekanan hingga permintaan mulai pulih setelah operasi pengeluaran disambung semula di dunia. China kini secara aktif menggunakan harga rendah, bagi tujuan meningkatkan pembelian, tetapi ia tidak dapat merangsang pertumbuhan walaupun berlatarbelakangkan keputusan OPEC+ untuk mengurangkan pengeluaran "emas hitam" dalam beberapa bulan yang akan datang. Kami percaya bahawa kemungkinan untuk membeli minyak sebelum niaga hadapan Mei berakhirnya, kerana ini akan menyebabkan kenaikan harga tempatan, yang dapat menarik bahagian bawah di masa depan dan muncul dengan latar belakang permulaan pemulihan permintaan yang luas di dunia.

Berbeza dengan pasaran minyak, indeks saham global utama terus meningkat. Kami telah berulang kali menunjukkan sebelumnya bahawa rangsangan utama yang menyokong kecenderungan terhadap aset ini adalah jangkaan penarikan semula perintah kuarantin di Eropah dan Amerika Syarikat menjelang Mei. Sebagai contoh, indeks pasaran S&P 500 telah berjaya mengimbangi separuh daripada penuruann pada bulan Februari dan Mac. Indeks masih diniagakan di bawah tahap utama SMA 200, tetapi sudah mula menguji SMA 50, persimpangan, yang mana dari sudut teknikal, akan membuka jalan untuk harga bergerak lebih jauh. Kami masih percaya bahawa kesan terburuk coronavirus pada indeks saham telah berlaku, dan ia telah membuat "dasar" teknikal, menunjukkan pembalikan harga. Kami percaya bahawa ada berita positif, misalnya,

Berkenaan dengan perkembangan situasi di pasar mata wang, dapat diperhatikan bahawa kemerosotan mata wang AS telah diramalkan akan berlanjutan sehingga ke tempoh pengukuhan, yang telah diperhatikan sejak awal April. Pertama sekali, terhadap komoditi dan bahan mentah. Kami yakin bahawa dinamik ini akan beroperasi semula minggu ini.

Ramalan Perdagangan Hari Ini:

Pasangan mata wang USD/CAD kini diniagakan di bawah tahap 1.4080. Sekiranya pasangan mata wang ini masih belum menembusi tahap tersebut, maka kami meramalkan bahawa ia akan meneruskan penurunan sehingga mencecah ke tahap 1.3860.

Pasangan mata wang USD/JPY kini diniagakan di bawah tahap 108.00, penembusan harga pada tahap ini akan mendorong kepada pertumbuhan harga ke tahahp 109.30.