EUR/USD. 28 April. Laporan COT: spekulator besar percaya pada pertumbuhan euro. Aliran menaik perlu menembusi halangan 1.0880 untuk memulakan pembelian

Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta 1 Jam.

Selamat petang, pedagang! Pasangan mata wang Euro/Dolar AS telah membuat pembalikan harga yang memihak kepada mata wang AS pada 27 April dan memulakan penurunan harga yang perlahan. Tidak ada pembinaan grafik baru diperhatikan pada carta 1 Jam, oleh yang demikian, saya mencadangkan kepaada para pedagang untuk berdagang dengan carta 4 jam pada masa ini. Tidak ada yang istimewa untuk diketengahkan dari berita pada hari pertama minggu ini. Tidak ada laporan penting atau acara lain yang dijadualkan pada hari ini. Walaupun begitu, di Amerika, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin akan mengeluarkan kenyataan, yang berusaha meyakinkan dengan kata-kata bahawa ekonomi AS akan mulai pulih dalam beberapa bulan mendatang. Menurut Mnuchin, sejumlah besar Dolar AS yang telah dilaburkan dalam ekonomi akan membuahkan hasil. Menteri Kewangan juga memberitahu Donald Trump dan mengatakan bahawa dalam masa terdekat ekonomi "akan terbuka". Oleh itu, walaupun terdapat wabak yang berterusan (lebih daripada tiga juta kes di seluruh dunia pada 28 April, dan 988,000 kes direkodkan di Amerika), kebanyakan negera tidak lagi dapat melanjutkan langkah kuarantin dan akan menarik semula arahan berkurung secara beransur-ansur.

Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta 4 Jam.

Merujuk kepada carta 4 Jam, harga bagi pasangan mata wang Euro/Dolar AS dilihat telah membuat pembalikan yang memihak kepada mata wang AS setelah pembentukan perbezaan penurunan harga pada indikator CCI. Oleh itu, tanpa mengusahakan garis arah aliran menurun, harga pasangan mata wang ini berpeluang untuk kembali jatuh ke arah tahap pembetulan 0.0% (1.0638). Baru-baru ini, aktiviti peniaga telah menurun sedikit, tetapi pada separuh kedua minggu ini, akan terdapat sejumlah besar laporan dan peristiwa yang berbeza. Oleh yang demikian, saya menjangkakan aktiviti akan meningkat pada minggu ini. Tidak ada indikator yang menunjukkan perbezaan baru yang muncul pada 28 April. Memperbaiki kadar pertukaran pasangan di atas garis arah aliran akan menyokong mata wang EU dan secara signifikan meningkatkan kemungkinan pertumbuhan selanjutnya ke arah tahap pembetulan 38.2% (1.0964).

Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta Harian

Pada carta harian, pasangan mata wang Euro/Dolar AS dilihat telah membuat pengukuhan harga di bawah tahap Fibo 23.6% (1.0840), dan juga di bawah "narrowing triangle", yang meningkatkan kebarangkalian kejatuhan pasangan mata wang selanjutnya ke arah pembetulan tahap 0.0% (1.0637). Menetapkan harga di atas tahap Fibo 23.6% akan membolehkan pedagang bergantung pada beberapa pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD ke arah tahap pembetulan 38.2% (1.0965).

Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta Mingguan

Merujuk kepada carta mingguan, pasangan mata wang Euro/Dolar AS masih diniagakan berhampiran garis bawah "narrowing triangle". Peningkatan sebut harga dari garis ini masih membolehkan kita menjangkakan kenaikan harga dalam jangka panjang ke arah tahap 1.1600 (garis atas "segitiga"). Menutup pasangan mata wang di bawah "segitiga" akan memihak kepada mata wang AS dan, berkemungkinan besar, kejatuhan harga panjang yang baru.

Tinjauan Fundamental:

Pada 27 April, Kesatuan Eropah dan Amerika tidak mempunyai laporan penting atau peristiwa ekonomi lain. Peniaga menunggu separuh kedua minggu ini, yang dijadualkan untuk sebilangan besar laporan, serta mesyuarat ECB dan Fed.

Kalendar berita untuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah:

Pada 28 April, kalendar peristiwa ekonomi di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat tidak mengandungi laporan dan peristiwa penting.

Laporan COT (Komitmen Peniaga):

Laporan COT baru menunjukkan bahawa pada minggu laporan, pemain utama dalam pasaran mata wang sekali lagi meningkatkan kontrak mereka. Jumlah kontrak panjang meningkat sebanyak 11000, dan pendek - sebanyak 5,000. Kelebihan keseluruhan tetap menyokong pendek, 560,000 berbanding 532,000 kontrak. Kelebihannya tidak terlalu ketara. Selama tiga bulan terakhir, setiap laporan COT menunjukkan kelebihan kepada peniaga aliran menurun. Namun, selama ini, euro tidak hanya jatuh, tetapi juga meningkat. Oleh itu, saya akan mengatakan bahawa trend keseluruhan kekal "menurun", iaitu, dalam dagangan jangka panjang, saya menjangkakan penurunan harga. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa Euro tidak mempunyai peluang pertumbuhan sama sekali. Spekulator terus mempercayai mata wang euro kerana mereka mempunyai kontrak Panjang dua kali lebih banyak daripada yang pendek.

Ramalan dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk peniaga:

Pada masa ini, saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk menjual mata wang euro dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.0638, jika harga melantun dari garis arah aliran dilakukan pada carta 4 Jam. Isyarat dari perbezaan penurunan harga juga "menurun", tetapi lebih lemah daripada lantunan harga dari garis arah aliran. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli euro selepas menetapkan harga di atas garis aliran menurun pada carta 4 jam dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.0964.

Syarat:

"Bukan komersial" - pelaku pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, pelabur besar.

"Komersial" - perusahaan komersial, firma, bank, syarikat, syarikat yang membeli mata wang, bukan untuk keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan kegiatan semasa atau operasi eksport-import.

"Kedudukan yang tidak dilaporkan" - peniaga kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.