Ramalan bagi pasangan EUR/USD pada 11 Mei 2020

Pasangan mata wang EUR / USD

Penerbitan data pekerjaan AS pada hari Jumaat tidak menimbulkan sebarang tindak balas pasaran yang ketara, sepertimana yang berlaku pada hari Rabu menerusi data dari ADP. Kadar pengangguran meningkat dari 4.4% menjadi 14.7% pada bulan April, tetapi di bawah catatan 16.0% sebagaimana yang diramalkan, pada sektor bukan pertanian terdapat penurunan sebanyak 20.5 juta pekerjaan, tetapi penunjuk ini adalah lebih baik daripada ramalan sebanyak 22.0 juta, yang diterima oleh pelabur sebagai data keadaan yang boleh dipertimbangkan. Sebaliknya, di Jerman data ternyata menjadi lebih merosot berbanding ramalan: imbangan perdagangan untuk bulan Mac susut dari 21.4 bilion euro menjadi 12.8 bilion sementara jangkaan adalah sebanyak 19.0 bilion euro. Hasil dari keputusan itu, euro telah didagangkan dalam julat sederhana 60 mata dan menutup hari urusniaga dengan kenaikan simbolik sebanyak 6 mata.

Harga masih berada di bawah garis indikator keseimbangan merah pada carta masa harian, pergerakan harga telah mencapai garis ini pada urusniaga Jumaat lalu. Osilator Marlin mencapai sempadan bagi kawasan pertumbuhan, pembalikan garis isyarat aliran menurun adalah mungkin dari garis sifar.

Bayang-bayang lebih tinggi dari graflilin ekstrem pada hari Jumaat hanya menyentuh rintangan garis keseimbangan indikator pada carta masa empat jam, menghasilkan corak yang sama dari carta masa harian.

Ini adalah syarat untuk mengekalkan aliran menurun. Walau apa pun, sehingga dalam tempoh urusniaga hadapan, tiada sebarang berita yang dapat mengatasi penerbitan laporan hari Jumaat dari Kementerian Tenaga Kerja. Hari ini, peserta pasaran dapat menjangkakan berita dalam bentuk data mengenai jumlah pengeluaran perindustrian di Itali pada bulan Mac, ramalan adalah -20.0% setelah mencatatkan -1.2% pada bulan Februari. Pengeluaran perindustrian bagi seluruh kawasan Eropah akan diterbitkan pada hari Rabu, pakar ekonomi meramalkan sebanyak -12.0%, laporan mengenai pengeluaran perindustrian di AS akan dikeluarkan pada hari Jumaat - ramalan adalah -11.3%. Walaupun secara puratanya laporan yang diterbitkan, keadaan di Amerika Syarikat adalah masih lebih baik.

Garis isyarat dari osilator Marlin sedikit lebih tinggi berbanding garis normal, sementara pasaran tetap dalam keadaan normal. Keadaan penuh untuk harga jatuh lebih jauh adalah mengatasi paras terendah urusniaga Khamis iaitu pada tahap 1.0767. Sasaran masih kekal sama - 1.0595.