Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang AUD/USD pada 21 Mei, 2020

Pasangan Mata Wang AUD/USD

Dolar Australia mencatatkan kenaikkan sebanyak 60 mata pada hari Rabu, dan hampir kembali ke tahap pembukaan dagangan semalam pada hari ini dalam sesi Asia. Ini adalah petanda bahawa harga tidak akan mencapai tahap sasaran 0.6677, Dolar Australia mensasarkan penembusan harga pada garis saluran harga 0.6492, yang akan menjadi alasan yang baik untuk kesinambungan penurunan harga ke tahap 0.6338. Veiled double divergence kecil dilihat telah terbentuk pada Marlin oscillator.

Harga kembali diniagakan ke tahap isyarat 0.6562 pada carta 4 Jam - penembusan harga menaik ternyata palsu. Garis indikator MACD terletak pada tahap 0.6492 yang diambil dari carta harian, yang menguatkan tahap ini. Oleh itu, penembusan harga pada tahap tersebut akan menjadi syarat penting untuk para pedagang membuka pesanan menjual dengan sasaran ditetapkan di atas tahap 0.6338.