Emas ketika ini sedang menghampiri rintangan pertengahan bagi saluran penurunan sederhana pada 1,669.Ia seperti penurunan sedang dimulakan.Walaubagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan mencecah had atas pada salurannya pada 1,712.
Penanda teknikal tidak menyediakan isyarat yang jelas dan sehingga tahap rintangan tidak ditembusi,andaian penurunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat dalam beberapa hari menunjukkan penurunan dalam turun naik dan kesegeraan pergerakkan yang ganas.
Emas ketika ini sedang menguji rintangan pertengahan saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk penurunan dimana kami mencadangkan untuk jual pada tahap 1,669 dengan objektif 1 pada 1,659 dan kemudian pada 1,657.Penembusan pada 1,672 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan rintangan dimana kami mencadangkan "buy stop" bermakna membeli emas sejurus selepas ia menembusi tahap rintangan pada 1,669 dengan objektif 1 pada 1,679 dan kemudian pada 1,682.Penembusan 1,666 akan membatalkan senario ini.