Struktur Perak Kekal Tidak Berubah. Kekal Berada pada Tahap 29.22

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

Struktur kekal tidak berubah sejak beberapa sesi dagangan terakhir. Mari kita beri tumpuan kepada struktur ayunan yang lebih besar yang dibincangkan sekali lagi di sini. Kenaikkan yang besar adalah merupakan AB dan penarikan semula harga adalah C yang kini berada di tahap 29.22. Ia membuktikan bahawa arah aliran yang kukuh sedang menentukan tahap sokongan buat masa ini. Selagi harga berada di atas tahap 29.22, perak akan bergerak menaik. Turutan tahap rintangan berada pada tahap 31.50, 33.50/60, dan di tahap yang lebih tinggi 34.30. Juga perlu diingatkan bahawa harga telah melantun semula secara mendadak dari pusat garisan arah aliran sokongan, Penarikan semula Fibonacci AB 0.618 dan lanjutan Fibonacci 1.27 pada penurunan daripada tahap 35.00-31.00. Perhatikan tahap yang lebih tinggi daripada tahap ini.

Cadangan Dagangan:

Kekal pada kedudukan beli yang telah ditembusi sebelum ini, kemudiaan buka kedudukan beli yang seterusnya semasa urusniaga harga rendah, dengan meletakkan stop loss pada tahap 29.00, dan sasaran terbuka.

Semoga Berjaya!