British pound masih kekal berdagang dalam arah aliran menurun asas, walaupun pergerakannya adalah perlahan dan tanpa tekanan yang banyak. Kini ia didagangkan pada tahap 1.6033, iaitu di atas tahap psikologi 1.60. Ia adalah berkemungkinan bahawa kenaikkan harga melantun semula pada tahap ini. Sekiranya pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap 1.60, tahap sokongan kuat yang seterusnya akan berada pada tahap 1.5963, tahap fraktal harian. Tidak seperti mata wang euro, pasangan mata wang ini kelihatan lebih berhati-hati bergerak ke tahap yang lebih tinggi, tahap seterusnya yang perlu kita perhatikan adalah pada 1.6135 (Fraktal Harian) dan tahap 1.63, yang mana merupakan tahap rintangan yang sangat kuat. Selain itu, petunjuk awal teknikal menunjukkan pergerakan menaik sederhana mungkin akan berlaku untuk beberapa jam yang akan datang.
Sekiranya anda memerlukan rundingan peribadi, sila hubungi saya melalui e-mail: gerardo.porras@analytics.instaforex.com