Salam sejahtera, rakan niaga yang dikasihi!
Walaupun COVID-19 terus mencatatkan kenaikkan di seluruh dunia, memberikan ancaman gelombang kedua, semalam terdapat beberapa risiko penolakan di pasaran mata wang. Mungkin ini disebabkan oleh peningkatan indikator makro ekonomi. Walau bagaimanapun, seperti yang kita ingat, para pelaku pasaran baru-baru ini bereaksi dengan perlahan terhadap faktor fundamental.
Beberapa laporan ekonomi utama telah dikeluarkan pada hari perdagangan pertama minggu ini. Oleh itu, indeks keyakinan pengguna di zon Eropah merekodkan bacaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan pada -15 dan ia mencatatkan -14.7. Ia juga melebihi nilai sebelumnya (-17.89) indeks aktiviti ekonomi Federal Reserve Bank of Chicago, yang berada di wilayah positif dan berjumlah 2.61. Walau bagaimanapun, penjualan di pasaran perumahan sekunder di AS lebih rendah daripada yang dijangkakan oleh ahli ekonomi.
Hari ini di Zon Eropah dan AS, laporan indeks keyakinan perniagaan dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan dijadualkan akan dikeluarkan. Juga, Amerika Syarikat akan mengeluarkan data mengenai penjualan rumah baru dan menerbitkan indeks aktiviti pembuatan dari Federal Reserve of Richmond.
Sekiranya kita kembali ke topik coronavirus, lonjakan jangkitan terbesar berlaku di Amerika Selatan dan Utara, iaitu di Brazil dan Amerika Syarikat. Situasi sukar dengan COVID-19 dilaporkan di India, di mana jumlah jangkitan harian juga terus meningkat.
Carta Harian
Dalam tinjauan semalam mengenai pasangan mata wang utama, carta harian pasangan mata wang EUR/USD telah diabaikan oleh peserta pasaran. Kami akan memulakan analisis gambaran teknikal hari ini untuk pasangan mata wang Euro/Dolar AS dengan carta harian.
Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel, mata wang AS tidak mendapat permintaan di kalangan pelabur pada perdagangan semalam dan melemah di sebilangan besar pasaran. Pasangan mata wang Euro/Dolar AS menguat dengan ketara pada perdagangan 22 Jun dan mengakhiri sesi dagangan Isnin pada tahap 1.1259. Ini adalah ciri bahawa penembusan harga pada tahap sokongan 1.1212 harus diakui sebagai salah. Tiga graf lilin harian berturut-turut tidak ditutup di bawah tahap ini, dan pasangan mata wang ini kembali ke tahap harga ini semalam.
Hari ini, sewaktu penulisan dibuat, pasangan mata wang Euro/Dolar AS dilihat sedang berusaha untuk terus mengukuh, pasangan mata wang Euro/Dolar AS ini telah mengemas kini tahap tinggi semalam pada 1.1269 dan meningkat ke tahap 1.1280. Walau bagaimanapun, aliran menaik euro belum dapat bertahan berhampiran tahap ini. Garis Tenkan indikator Ichimoku, yang berada pada tahap 1.1285, akan memainkan peranan penting sebagai rintangan. Sekiranya perdagangan hari ini berakhir di atas Tenkan, ini akan memberi kekuatan tambahan kepada bull aliran menaik euro dan ia akan melonjak ke tahap 1.1353. Walau bagaimanapun, jangan lupa tentang tahap teknikal utama 1.1300, yang berpotensi untuk menyekat kenaikkan harga yang selanjutnya.
Sokongan kuat dicatat pada tahap terendah semalam 1.168, yang juga menunjukkan tahap minimum pada 19 Jun. Sekiranya tahap ini dicapai, sasaran pemain seterusnya untuk menurunkan kadar akan menjadi tahap rintangan 1.148 yang ditembusi, serta garis Kijun, yang terletak tepat di bawah tahap 1.146. Pada pendapat saya, ini adalah titik rujukan segera pergerakan harga pada carta harian.
Carta 4 Jam
Berdasarkan kepada carta 4 jam, pasangan mata wang ini gagal untuk melonjak ke arah Moving Averages (MA), yang memberikan ketahanan yang cukup kuat terhadap percubaan harga untuk meningkat. Sekiranya MA 50 masih ditembusi dan pasangan mata wang kekal diniagakan lebih tinggi, anda boleh mencuba mengambil pesanan membeli pasangan mata wang Euro/Dolar AS secara bergantian ke MA ini. Ekor panjang (bayangan) graf lilin sebelumnya mungkin menunjukkan keinginan pasaran untuk meningkat, tetapi adakah ia akan berubah atau tidak hanya akan diketahui setelah penutupan perdagangan pada hari ini. Anda juga dapat melihat pembukaan pesanan membeli setelah penurunan jangka pendek ke tahap 1.1247. Saya sepenuhnya menganggap bahawa dari sini akan ada kenaikan dan pasangan mata wang Euro/Dolar AS akan terus bergerak ke tahap lebih tinggi.
Untuk penjualan, anda perlu melihat corak graf lilin pembalikan pada carta 4 Jam atau 1 Jam pada zon harga 1.1267-1.1277. Sekiranya ada, anda boleh mengambil pesanan menjual, tetapi dengan sasaran kecil, di kawasan 1.1225-1.1210. Sementara itu, bagi mereka yang kekal dalam pembelian pasangan mata wang Euro/Dolar AS, saya juga tidak mengesyorkan anda untuk menetapkan sasaran yang besar. Zon harga 1.1300-1.1325 cukup sesuai untuk menetapkan keuntungan pesanan membeli pada pasangan mata wang utama.
Semoga berjaya!