Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian EUR/USD

Kadar spot sedang menguji tahap sokongan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada 1.3270 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan mencapai had yang lebih rendah pada saluran di tahap 1.3220.

Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap sokongan tidak ditembusi andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah stabil menunjukkan volatiliti lebih kerap.

Kadar spot sedang menguji sokongan pertengahan pada saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis lantunan semula di mana kami mencadangkan beli pada tahap 1.3270 dengan objektif 1 di tahap 1.3330 dan kemudian di tahap 1.3350. Penembusan pada tahap 1.3250 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami menasihati agar "sell stop" yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan 1.3270 dengan objektif 1 pada tahap 1.3210 dan kemudian di tahap 1.3190. Penembusan di tahap 1.3290 akan membatalkan senario ini.