Analisis Gelombang Ringkas Pasangan Mata Wang GBP/USD, AUD/USD, dan EUR/JPY pada 02 Julai, 2020.

Pasangan Mata Wang GBP/USD

Analisis:

Carta harian pound Britain didominasi oleh struktur gelombang menaik. Sejak April, satah regangan pembetulan telah berkembang dalam strukturnya. Bahagian terakhirnya bermula pada 10 Jun dan tidak lengkap sewaktu penulisan analisis ini dibuat. Dalam tempoh 2 minggu terakhir, harga dilihat telah membentuk penarikan semula pertengahan, yang hampir selesai. Harga kini berada dalam sempadan zon pembalikan berpotensi yang kuat.

Ramalan Perdagangan:

Dalam sesi perdagangan yang akan datang, arah aliran menaik diramalkan akan berakhir dan pembentukan pembalikan harga dijangkakan akan berlaku. Pada penghujung hari, anda boleh menunggu permulaan pergerakan menurun. Penembusan harga di bawah tahap sokongan tidak mungkin akan berlaku pada hari ini.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 1.2500/1.2530

Sokongan:

- 1.2420/1.2390

Cadangan Perdagangan:

Susulan potensi kenaikan kecil yang diharapkan, pembelian pound hari ini adalah tidak menjanjikan. Para pedagang disarankan untuk mengesan isyarat penjualan instrumen pada zon rintangan.

Pasangan Mata Wang AUD/USD

Analisis:

Kadar trend jangka pendek bagi mata wang Dolar Australia sejak pertengahan Mac telah ditetapkan oleh gelombang kenaikan. Pada tahap rintangan yang kuat, pasangan mata wang AUD/USD ini dilihat telah membentuk pembetulan mendatar pada bulan terakhir. Untuk hari ini, gelombang ini tidak lengkap.

Ramalan Perdagangan:

Hari ini, pasangan mata wang ini diramalkan akan bergerak di koridor antara zon kaunter paling hampir. Trend menaik mungkin berlaku dalam sesi dagangan Eropah. Pada penghujung hari, anda boleh menunggu kadar pertukaran berubah dan penurunan harga.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 0.6950/0.6980

Sokongan:

- 0.6880/0.6850

Cadangan Perdagangan:

Berdagang dalam pasaran pasangan mata wang AUD/USD hari ini disarankan hanya dalam urusniaga harian, mengikut turutan yang diharapkan. Keutamaan harus diberikan kepada penjualan pasangan mata wang AUD/USD.

Pasangan Mata Wang EUR/JPY

Analisis:

Berdasarkan kepada carta mingguan, pembetulan kenaikan harga pada pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat telah berakhir pada awal musim panas. Gelombang penurunan yang bermula pada 5 Jun berpotensi untuk diterbalikkan, mencetuskan gelombang trend jangka pendek yang baru. Sejak 22 Jun yang lalu, kadar pertukaran bagi pasangan mata wang ini telah diselaraskan. Harga telah mencapai zon rintangan yang kuat. Struktur pembetulan harga tidak lengkap semasa penulisan analisis ini dibuat.

Ramalan Perdagangan:

Pergerakan harga yang paling mungkin untuk berlaku pada hari ini adalah aliran mendatar, di antara zon kaunter paling dekat. Sesi dagangan Eropah dijangkakan akan menyelesaikan kenaikan harga dan pada giliran, diikuti oleh penurunan harga di kawasan sokongan penyelesaian. Oleh itu, anda harus menunggu percubaan kedua untuk menembusi.

Zon pembalikan yang berpotensi

Rintangan:

- 121.30/121.60

Sokongan:

- 120.40/120.10

Cadangan Perdagangan:

Hari ini, perdagangan dalam pasaran pasangan mata wang EUR/JPY hanya boleh dilakukan pada urusniaga harian. Pembelian adalah berisiko. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual instrumen dengan menurunkan saiz lot.

Penjelasan: Dalam analisis gelombang ringkas (UVA), gelombang terdiri daripada 3 bahagian (A-B-C). Gelombang terakhir yang tidak lengkap dianalisis. Latar belakang anak panah yang padat menunjukkan struktur yang terbentuk, dan garis putus-putus menunjukkan pergerakan harga yang berpotensi.

Catatan: Algoritma gelombang tidak mengambil kira tempoh masa pergerakan instrumen dalam masa!