EMAS Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian

Emas ketika ini sedang menghampiri rintangan pertengahan bagi saluran penurunan sederhana pada 1,684 membawa kepada kenaikkan.Penembusan pada tahap ini akan membolehkan had atas pada salurannya pada 1,695.

Penanda teknikal tidak menyediakan isyarat yang jelas tetapi sehingga rintangan tidak ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin.Bollinger band telah diketat kuat dalam beberapa hari ini menunjukkan penurunan dalam turun naik dan kesegeraan pergerakkan yang ganas.

Emas sekarang sedang menghampiri rintangan pertengahan pada saluran,kami mencadangkan 2 senario:yang pertama adalah hipotesis untuk penurunan dimana kami mencadangkan untuk jual pada tahap 1,684 dengan objektif 1 pada 1,674 dan kemudian pada 1,671.Penembusan pada 1,687 akan membatalkan senario ini.Senario yang kedua adalah penembusan rintangan dimana kami mencadangkan "buy stop" bermakna membeli emas sejurus selepas ia menembusi tahap rintangan pada 1,684 dengan objektif 1 pada 1,695 dan kemudian pada 1,698.Penembusan 1,681 akan membatalkan senario ini.