Ramalan Dagangan untuk Jumaat (18 Januari, 2013)

EURUSD: Pasangan EURUSD dijangkakan akan mengalami kenaikkan harga pada hari Jumaat. Julat% Williams telah bergerak di sekitar rantau overbought manakala EMA 11 dan 56 masih berada di dalam sokongan penuh pada kecenderungan kenaikkan harga. Pasaran kini didagangkan di atas garisan rintangan pada tahap 1.3350, dan ia berkemungkinan untuk sampai ke garisan rintangan pada 1.3400 lebih awal berbanding ramalan.

USDCHF: Isyarat kenaikkan harga baru-baru ini bagi pasangan mata wang kini sudah tidak menentu apabila pasangan mata wang tersebut mengalami tindakan harga semasa. Arah aliran tidak berubah kepada penurunan harga, harga perlu mengukuh di atas tahap harga 0.9300 - hanya kerana ia kini. Penunjuk (EMA dan Julat%Williams) masih menyokong gambaran kemungkinan kenaikkan harga. Benar, harga telah mengukuh pada akhir-akhir ini, dan tidak menurun, maka ia berkemungkinan bahawa pergerakkan menaik akan berterusan pada hari Jumaat.

GBPUSD: Berbeza dengan apa yang berlaku pada pasangan mata wang EURUSD, dagangan beli tidak digalakkan untuk cable, sebagai mana GBP merosot terhadap USD. EMA dan tempoh RSI 14 masih menyokong senario penurunan harga. Harga mungkin mencapai wilayah pengumpulan pada tahap 1.6000 pada hari Jumaat; walaupun perhimpunan penurunan harga mengambil tempat untuk masa sekarang.

USDJPY: Pada hari Rabu, tempoh RSI 14 menunjukkan kemungkinan pergerakkan menurun bagi pasangan mata wang USDJPY, tetapi telah dinyatakan bahawa kita perlu menunggu sehingga harga melepasi EMA 56 untuk pergerakkan arah bawah sebelum membuka kedudukan jual. Kini, gambaran tidak lagi sah. Tempoh RSI 14 telah bergerak di atas tahap 50 sekali lagi, manakala harga telah bergerak naik di atas tahap bekalan pada 89.00. Pada hari Jumaat, tekanan belian akan berterusan, dan harga berpotensi untuk mencapai tahap bekalan pada 90.00.

EURJPY: Apa yang sedang berlaku di atas cross ini adalah serupa dengan tindakan harga yang berlaku pada pasangan mata wang USDJPY. Terdapat beberapa ancaman penurunan harga, dan kami masih menunggu EMA untuk pengesahan, namun demikian, RSI 14 telah bergerak naik buat masa sekarang, dan harga juga telah melonjak naik, manakala zon bekalan pada tahap 118.50 telah ditembusi untuk pergerakkan menaik, dan apakah yang perlu kita lakukan pada hari Jumaat? Kita perlu melihat peluang untuk kedudukan beli.