USD/JPY: Kenaikkan Diwujudkan

Gambaran:
Pasangan mata wang USD/JPY telah mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas mencecah 28 bulan tinggi pada tahap 89.5. Mata wang USD/JPY disokong selepas Senat AS mengundi 89-8 untuk melunaskan janji mengelakkan tebing fiskal. Kenaikkan bagi pasangan mata wang USD/JPY juga disokong berikutan oleh laporan data isi rumah dan data tuntutan pengangguran awal yang lebih baik berbanding ramalan. Kenaikan pasangan mata wang USD/JPY juga dihadkan oleh pengambilan untung yen pada kedudukan jual; pesanan pembelian-yen dari pengeksport Jepun. Carta harian bagi pasangan mata wang USDJPY adalah merupakan kenaikkan harga, MACD dan Stokastik menunjukkan isyarat kenaikkan harga yang mana RSI berada di atas tahap neutral 70.71. Ia adalah dicadangkan untuk mengambil kedudukan beli di atas tahap 88.75.
Keutamaan:
Beli di atas tahap 88.75 dengan meletakkan sasaran di tahap 89.65 dan seterusnya pada tahap 90.
Senario Alternatif:
Jual dibawah tahap 88.75. Perhatikan pergerakkan menurun seterusnya di bawah tahap 88.75 dengan meletakkan sasaran di tahap 88.3 dan 87.95.
Komen Teknikal:
Pasangan mata wang ini kekal dalam pergerakkan menaik dan ia sedang menghampiri tahap rintangan yang seterusnya.