AUD/USD Gelombang Elliott
Sebagaimana analisis terakhir kami bagi pasangan mata wang AUD/USD adalah dagangan pergerakkan arah bawah seperti yang telah kita jangkakan, membangunkan gelombang impulsif (1) (berwarna hijau) gelombang yang lebih besar (C)(berwarna merah). Semalam semasa sesi Asia dan Eropah, kita boleh melihat pergerakan menaik yang kukuh dari tahap 1.0496 ke arah tahap 1.0556 (tahap tinggi harian). Oleh kerana itu, semasa sesi awal New York, pasangan mata wang AUD/USD tidak berjaya untuk mengukuh di sekitar tahap tinggi harian dan harga mula menolak ke tahap rendah dan mencapai tahap 1.0507. Kini, pasangan mata wang tersebut berdagang di sekitar tahap 1.0499 dan kami menjangkakan akan melihat harga berada di tahap yang lebih rendah untuk beberapa minggu yang akan datang. Selaras dengan peraturan gelombang kita dan mengambil kira bahawa gelombang C perlu menjejaki semula 100% daripada gelombang A, maka, kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang A dengan mengambil keuntungan pada tahap 1.0123 (100% gelombang A). Untuk mengurangkan risiko, kita boleh menggunakan terbatalnya pada tahap 1.0598 sebagai stop loss.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0418 (S2) 1.0455 (S1) 1.0501 (PP) 1.0538 (R1) 1.0584 (R2) 1.0621 (R3) 1.0667
Ramalan Dagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliott pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menurun. Itulah sebabnya kedudukan jual berada pada tahap 1.0490 dengan kedudukan stop loss di tahap 1.0598 dan take profit pada tahap 1.0123 adalah dicadangkan.