Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
Seperti mana yang telah dinyatakan pada carta 4H di sini, Perak melepasi garisan rintangan condong pada tahap 32.20/30. Penembusan yang jelas diperlukan buat masa sekarang bagi melonjakkan semula kenaikkan harga perak yang selanjutnya. Sepertimana yang telah digambarkan di sini, sokongan serta merta berada pada tahap 31.60, diikuti oleh tahap 30.00, dan 29.22; manakala turutan bagi tahap rintangan masing-masing bermula dari tahap 32.50, 33.60/70, dan 34.30. Adalah disyorkan untuk kekal beli pada kedudukan yang telah ditembusi sebelum ini dan buka kedudukan beli sekali lagi semasa urusniaga harga rendah. Arah aliran kekal menaik, perhatikan tahap yang lebih tinggi daripada tahap ini.
Cadangan Dagangan:
Kekal pada kedudukan beli yang telah di tembusi sebelum ini, seterusnya beli semasa urusniaga harga rendah, dengan kedudukan stop loss berada pada tahap 29.50, dan sasaran kekal terbuka.
Semoga Berjaya!