Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 23 Julai 2020
Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 23 Julai 2020
Pasangan mata wang EUR/USD
Analisis urus niaga
Isyarat pesanan "menjual" yang ditunjukkan untuk mata wang Eropah ternyata salah yang menyebabkan kerugian kepada pedagang, tetapi isyarat pesanan "membeli" yang kemudianya berjaya mengimbangi kedudukan, mengambil lebih dari 40 mata dari pasaran.
Hari ini, pedagang akan memberi tumpuan kepada laporan di pasaran buruh AS, serta jumlah permohonan untuk faedah pengangguran di Sepanyol dan keyakinan pengguna terhadap zon eropah. Peningkatan permohonan selepas lonjakan jangkitan coronavirus baru-baru ini di Amerika Syarikat akan melemahkan kedudukan Dolar AS berbanding euro, yang akan menyebabkan kenaikan pasangan mata wang EUR/USD.
Pesanan membeli disyorkan apabila sebut harga mencapai tahap 1.1588 (garis hijau pada carta), mensasarkan ke tahap 1.1624. Ini mungkin berlaku setelah pelepasan data mengenai pasaran tenaga kerja di Sepanyol dan laporan mengenai keyakinan pengguna terhadap zon eropah. Keluar dari pasaran apabila harga mencapai nilai 1.1624. Pesanan menjual disyorkan apabila harga mencapai tahap 1.1559 (garis merah pada carta), mensasarkan ke tahap 1.1511, tahap rendah semalam, dari mana gelombang pertumbuhan baru terbentuk. Data negatif mengenai keyakinan pengguna terhadap Jerman akan memberi tekanan ke atas euro. Keluar dari pasaran apabila harga mencapai tahap 1.1511. Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 23 Julai 2020
Pasangan mata wang GBP/USD
Analisis urus niaga
Isyarat pesanan "menjual" yang ditunjukkan untuk mata wang pound Britain berfungsi dengan positif. Ujian pertama tahap 1.2713 menyebabkan penjualan pound yang cepat terhadap Dolar AS, yang berlaku setelah perjanjian Brexit di antara UK dan EU diramalkan akan menemui kegagalan.
Aliran menaik berjaya menolak harga ke tahap tinggi tetapi kenaikan selanjutnya akan bergantung pada tingkah laku pedagang pada tahap 1.2748. Laporan yang positif mengenai pesanan di sektor perindustrian UK, serta ucapan anggota Bank of England, Jonathan Haskel berpotensi untuk menyokong pound Britain.
Pesanan membeli disyorkan apabila sebut harga mencapai tahap 1.2748 (garis hijau pada carta), mensasarkan ke tahap 1.2776 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Berita baik mengenai Brexit akan mendorong pasangan mata wang ini untuk diniagakan lebih tinggi dalam carta perdagangan, begitu juga data yang kuat mengenai pesanan di sektor perindustrian UK. Keluar dari pasaran apabila harga mencapai tahap 1.2776. Pesanan menjual disyorkan apabila harga mencapai tahap tahap 1.2722 (garis merah pada carta), yang merupakan tahap rendah hari ini. Kebiasaanya, pada tahap rendah, penjualan besar bermula, kerana keuntungan diambil pada pesanan membeli yang terkumpul di sepanjang trend. Ujian harga pada tahap ini akan menyebabkan penurunan ke tahap 1.2686, di mana adalah lebih terbaik untuk para pedagang keluar dari pasaran.