Kadar spot telah menembusi tahap rintangan pertengahan pada saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.3330 membawa kepada pecutan. Penarikan semula harga pada tahap ini dijangkakan akan berlaku sebelum had atas saluran pada tahap 1.3390 dicapai.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat jual menyokong andaian penarikan semula harga dalam jangka pendek. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam voaltiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.
Kadar spot menembusi tahap rintangan pertengahan pada saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penarikan semula harga di mana kami mencadangkan beli pada tahap 1.3330 dengan objektif 1 di tahap 1.3390 dan kemudian pada tahap 1.3410. Penembusan di tahap 1.3310 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami menasihati agar "sell stop" yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan pada 1.3330 dengan objektif 1 pada tahap 1.3270 dan kemudian di tahap 1.3250. Penembusan di tahap 1.3350 akan membatalkan senario ini.