Strategi Harian Bagi EUR/USD

<p style="text-align:justify;Arial" ,"sans-serif";"="">

Kadar spot sedang menghampiri had lebih rendah pada saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.3260 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan memulakan saluran penurunan harga yang lebih pantas.

Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap sokongan masih belum ditembusi andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beebrapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.

Kadar spot sedang menguji had lebih rendah saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis lantunan semula di mana kami mencadangkan beli pada tahap 1.3260 dengan objektif 1 pada tahap 1.3320 dan kemudian pada 1.3340. Penembusan pada tahap 1.3240 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami menasihati agar "sell stop" yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan 1.3260 dengan objektif 1 pada tahap 1.3200 dan kemudian di tahap 1.3180. Penembusan di tahap 1.3280 akan membatalkan senario ini.