Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 6 Ogos, 2020.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 6 Ogos, 2020.

Analisis urus niaga

Laporan yang positif mengenai sektor perkhidmatan zon eropah telah mendorong kepada pertumbuhan berterusan dalam mata wang Eropah, oleh yang demikian, pesanan membeli dari tahap 1.1823 telah membawa keuntungan lebih dari 50 mata semalam.


Hari ini, laporan mingguan mengenai tuntutan pengangguran di Amerika Syarikat dijadualkan akan dikeluarkan, sekiranya kadar pengangguran meningkat, maka Dolar AS cenderung untuk menjadi lebih lemah sementara euro akan terus meningkat di pasaran.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli apabila sebut harga mencapai tahap 1.1889 (garis hijau pada carta), mensasarkan kenaikan harga ke tahap 1.1942. Data yang lemah di pasaran buruh AS akan menyokong pertumbuhan mata wang euro dalam carta perdagangan. Pesanan Take Profit dicadangkan pada tahap 1.1942.Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual setelah harga mencapai tahap 1.1848 (garis merah pada carta), mensasarkan penurunan ke tahap 1.1794. Aliran menurun memerlukan laporan yang positif dari pasaran buruh AS, kerana ini akan mengukuhkan kedudukan Dolar AS di pasaran. Pesanan Take Profit dicadangkan pada tahap 1.1794.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 6 Ogos, 2020.

Analisis urus niaga

Dagangan untuk pound adalah tidak menguntungkan semalam, yang mana sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh volatiliti yang berlebihan di pasaran menjelang mesyuarat Bank of England, yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini.


Bank of England (BoE) diramalkan akan mengadakan pertemuan pada hari ini untuk membincangkan rancangan lebih lanjut mengenai kadar faedah, yang mungkin menentukan pergerakan dan arah mata wang pound Britain. Oleh itu, para pedagang dinasihatkan untuk menunggu pengumuman keputusan sebelum membuat keputusan perdagangan.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli apabila sebut harga mencapai tahap 1.3151 (garis hijau pada carta), mensasarkan kenaikan ke tahap 1.3208 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Peningkatan harga akan berlaku, sekiranya Bank of England menunjukkan langkah-langkah baru untuk menyokong ekonomi UK. Pesanan Take Profit dicadangkan apabila harga mencecah tahap harga 1.3208.Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual setelah harga mencapai tahap 1.3102 (garis merah pada carta), sebagaimana penembusan harga pada tahap itu akan menyebabkan penurunan yang lebih cepat dalam carta harian. Namun, untuk kejatuhan pound yang lebih besar, Bank of England harus mengambil sikap tunggu dan lihat dan tidak mengumumkan sebarang perubahan pada kadar faedah hari ini. Sasaran penurunan adalah pada tahap 1.3022, di mana pesanan Take Profit disyorkan.