Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Dagangan untuk 29 Januari, 2013

Pasangan mata wang USD/CAD telah berdagang dengan pergerakkan menaik yang ketara pada minggu lalu sekaligus menolak harga di atas halangan psikologi pada tahap 1.0000. Pergerakkan arah atas mungkin akan berlanjutan sepanjang minggu ini ke arah zon 1.0150 - 1.0235 dan kecenderungan pergerakkan kenaikkan harga kekal sah kecuali apabila zon pada tahap 0.9920 - 0.9960 telah ditembusi.

Julat dagangan untuk minggu ini dijangkakan akan bertindak sama ada sebagai tahap sokongan utama di sekitar 0.9900 atau tahap rintangan utama sekitar 1.0240.

Tindakan penurunan harga yang ketara kelihatan disekitar tahap harga 1.0100 yang dinyatakan di dalam inverted "hanging-man" pada cartalilin harian menunjukkan petunjuk awal bahawa momentum kenaikkan harga mungkin telah berkurangan.

Sokongan: 1.0050, 1.0010, 0.9960, 0.9915, dan 0.9830

Rintangan: 1.0120, 1.0155, 1.0205, dan 1.0270

Cadangan: Berdasarkan pada carta dan analisis di atas, pendapat terbaik adalah perhatikan tindakan harga di sekitar tahap 1.0150 yang mana momentum kenaikkan harga boleh berkurangan untuk mengambil risiko JUAL yang rendah.

Kedudukan beli bagi pasangan mata wang ini disyorkan di atas tahap 0.9920 dengan meletakkan sasaran pada tahap 0.9970, 1.0120, 1.0205 dan penutupan SL di bawah 4H pada tahap 0.9900.