Pada pagi ini, semasa sesi Amerika, mata wang euro berjaya mengatasi tahap maksimum 1.3477. Minggu lepas, ia telah mencapai tahap tinggi baru pada 1.3495, iaitu beberapa pips di atas rintangan mingguan pertama pada tahap 1.3534.Ia adalah berkemungkinan bahawa pergerakan arah atas ini akan berhenti pada tahap ini, sebagaimana carta harian bagi pasangan mata wang ini berada pada wilayah overbought, kami menjangkakan akan terdapat lanjutan pergerakan pembetulan sekurang-kurangnya hingga ke tahap 1.3323. Namun begitu, kita harus lebih berhati-hati berikutan oleh dominasi arah aliran menaik. Selain itu, kita boleh membeli semula pasangan mata wang ini pada tahap sokongan 1.34. Sekiranya pasangan mata wang ini bergerak dibawah tahap ini maka ia cenderung untuk meneruskan pergerakkan menurun sehingga ke tahap sokongan mingguan pertama, pada 1.33. Penutupan mingguan di atas tahap harga 1.35, senario akan berubah dalam jangka masa panjang, sebagaimana pasangan matawang berkemungkinan akan cuba untuk bergerak hingga ke tahap psikologi 1.40 hingga 1.50.
Sekiranya anda memerlukan rundingan peribadi, sila hubungi saya melalui e-mail: gerardo.porras@analytics.instaforex.com