Strategi Harian Bagi EUR/USD

Kadar spot sedang menghampiri rintangan pertengahan pada saluran kenaikkan harga sederhana panjang pada tahap 1.3520 membawa kepada pecutan. Penembusan pada tahap ini akan membolehkan pasangan mata wang untuk mencapai had atas saluran pada tahap 1.3970.

Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas sekaligus ia menyokong andaian penurunan dalam jangka pendek. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.

Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan pada saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.3520 dengan objektif 1 pada 1.3460 dan kemudian di tahap 1.3440. Penembusan di tahap 1.3540 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati agar "buy stop" yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 1.3520 dengan objektif 1 pada 1.3580 dan kemudian pada tahap 1.3600. Penembusan di tahap 1.3500 akan membatalkan senario ini.