Kadar spot sedang menguji had atas saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.5770 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan memulakan saluran kenaikkan harga yang pantas.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.
Kadar spot sedang mendekati had atas saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.5770 dengan objektif 1 pada 1.5710 dan kemudian ditahap 1.5690. Penembusan di tahap 1.5790 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati agar "buy stop" yang bermaksud untuk beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 1.5770 dengan objektif 1 pada tahap 1.5830 dan kemudian ditahap 1.5850. Penembusan ditahap 1.5750 akan membatalkan senario ini.