Emas sedang menghampiri had atas saluran kenaikkan harga sederhana panjang pada tahap 1.669 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan memulakan saluran kenaikan harga yang lebih pantas.
Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.
Emas sedang menghampiri had atas saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.669 dengan objektif 1 pada 1.659 dan kemudian pada 1.657. Penembusan di tahap 1.672 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati agar "buy stop" yang bermaksud beli emas dengan seberapa segera kerana ia telah melepasi tahap ritangan pada 1.669 dengan objektif 1 pada tahap 1.679 dan kemudian di tahap 1.682. Penembusan di tahap 1.666 akan membatalkan senario ini.