USD/JPY: Pergerakkan Arah Atas

Gambaran:
Pasangan mata wang USD/JPY sedang mengukuh sebagaimana pasaran sedang menunggu untuk laporan anggaran KDNK awal Suku ke-4 AS pada 13:30 GMT (Dijangka +1.0% berbanding 3.1% pada suku ke-3) dan pada 19:15 GMT Laporan kadar faedah FOMC AS: Rizab Persekutuan dijangkakan akan mengekalkan program pembelian-bon agresif sehingga terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi akan pulih dengan kadar yang lebih kukuh dan lebih luas. Pasangan mata wang USD/JPY pula dilemahkan oleh kemerosotan sentimen USD selepas Persidangan Lembaga AS mengenai indeks keyakinan pengguna jatuh lebih daripada apa yang dijangkakan kepada 58.6 pada bulan ini (berbanding 64.0 pada ramalan) daripada semakan semula bahawa kenaikkan pada bulan Disember (pertama kali dilaporkan sebanyak 65.1). Pasangan mata wang USD/JPY juga dipengaruhi oleh jualan pengeksportan Jepun; penyelarasan posisi hadapan bagi data KDNK AS dan Laporan FOMC. Namun demikian, pasangan mata wang USD/JPY telah mengalami kerugian akibat daripada kekurangan permintaan dari pengimport Jepun; Bank Jepun memberi pelonggaran kepada monetari Jepun secara agresif untuk mencapai inflasi sasaran sebanyak 2% dan kemerosotan mata wang yen; dana-yen membawa dagangan ke tengah-tengah sentimen risiko yang bertambah baik (VIX tolok ketakutan susut sebanyak 1.92% kepada 13.31; S&P menokok sebanyak 0.51% semalaman) lebih baik daripada jangkaan perolehan korporat dan 5.5% perolehan tahunan S&P / Kes-20 Shiller-Rumah bandar-indeks harga bulan November. Carta harian bagi pasangan mata wang USD/JPY bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, purata pergerakkan 5-dan-15 hari yang semakin meningkat, tetapi stokastik telah beralih ke penurunan harga pada wilayah oerbought.
Keutamaan:
Beli di atas tahap 90.8 dengan meletakkan sasaran pada tahap 91.55 dan seterusnya pada 91.9.
Tahap Rintangan:
R1 - 91.5
R2 - 91.9
R3 - 92.25
Senario Alternatif:
Jual di bawah tahap 90.8. Perhatikan pergerakkan menurun yang selanjutnya di bawah tahap 90.8 dengan meletakkan sasaran pada tahap 90.5 dan 90.33.
Tahap Sokongan:
S1 - 90.5
S2 - 90.33-90.29 (Tahap Rendah Selasa-Tahap Rendah Jumaat)
S3 - 90
Komen Teknikal:

Pasangan mata wang ini telah mengesahkan prospek kenaikkan harga dan ia telah menembusi di atas tahap tinggi sebelumnya.