Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 31 Januari, 2013


Pasangan mata wang GBP/USD telah memulakan dagangan di tahun baru dengan pergerakkan kenaikkan harga yang tajam di atas tahap 1.6300. Sepertimana yang kita lihat pada carta harian, penolakan harga yang terakhir telah menunjukkan tindakan penurunan harga yang ketara sekaligus menyatakan penembusan yang salah di atas tahap 1.6300 telah mewujudkan zon rintangan yang ketara.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa pasangan mata wang ini telah menembusi garisan arah aliran menaik jangka panjang untuk memebolehkan pasangan mata wang tersebut mencapai di sekitar tahap 1.6000.

Pasangan mata wang kekal berada di bawah tekanan JUALAN yang kuat, sebelum cubaan untuk pulih dari zon 1.5675 dan telah berjaya menolak pasangan mata wang ke atas tahap 1.5750.

Penyatuan ringkas disekitar tahap 1.5700 telah dijangkakan, sebagaimana petunjuk telah memasuki wilayah oversold. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang itu telah bergerak ke arah bawah dan mencapai tahap harga 1.5675 yang menunjukkan tindakan penting bagi kenaikkan harga yang dinyatakan di dalam cartalilin harian penyelubungan kenaikkan harga yang telah menutup sekali lagi di atas tahap utama pada 1.5750. Oleh kerana itu, tahap harga 1.5830 dijangkakan akan menjadi tahap ujian yang seterusnya untuk hari ini.

Momentum penurunan harga perlu menembusi tahap sokongan pada 1.5750 agar tidak menurun semasa pengukuhan harga pada hari ini.

Secara teorinya, pasangan mata wang ini telah mengesahkan corak giant "double-top" yang meletakkan sasaran di tahap 1.5350 selagi pasangan mata wang tersebut mengukuh dibawah neck-line disekitar tahap 1.5830-1.5890.