EUR/USD Gelombang Elliott
Minggu lpeas pasangan EUR/USD didagangkan dalam pergerakkan menaik yang sangat kuat, gelombang impulsif (3)(warna hijau) daripada gelombang besar (3)(warna merah) sedang membentuk.Ketika sesi Eropah pada Jumaat kita dapat perhatikan pergerakkan menurun daripada 1.3674 ke arah tahap 1.3584.Oleh itu ketika sesi New York pasangan utama ini tidak berjaya untuk bertahan pada tahap ini dan harga mula untuk menolak tinggi mencecah tahap ketinggian yang baru pada 1.3710.Kita boleh mengambil kira pergerakkan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang (3)(warna hijau).Pada ketika ini pasangan EUR/USD didagangkan sekitar tahap 1.3584 dan kami menjangkakan untuk melihat penyambungan pada pergerakkan menaik tidak lama lagi.Menurut kepada peraturan gelombang dan mengambil kira bahawa gelombang 5 perlu berganjak 161.8% daripada gelombang 4,kita boleh menentukan sasaran berpotensi dengan mengukur gelombang 4 dengan take profit pada 1.3790 (161.8% daripada gelombang 4).Untuk mengurangkan risiko,kita boleh menggunakan pembatalan pada tahap 1.3478 sebagai stop loss.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.3432 (S2) 1.3502 (S1) 1.3572 (PP) 1.3642 (R1) 1.3712 (R2) 1.3782 (R3) 1.3852
Ramalan Perdagangan
Diteruskan daripada peraturan Gelombang Elliott hari ini,aliran dijangkakan untuk memulakan pergerakkan menaik.Inilah sebab mengapa posisi beli pada tahap 1.3600 dengan stop loss 1.3478 dan take profit pada 1.3790 adalah dicadangkan.